Friday, April 20, 2012

Pengalaman Bersalin (Edisi 3) - Overdue

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera...


Seperti yang dimaklumkan, EDD aku adelah pada 24 Disember 2011.
Aku merilek-rilekkan diri lagi sebab orang kata overdue seminggu pon rilex je kan..
Lagipon aku tak rasa kontraksi yang kuat.


Oh, aku dah amik maternity leave awal 3 minggu dari tarikh EDD.
3 minggu tuh!
Ye, 8hb Diesember aku dah ber lala lala cuti sebab aku dah tak larat sangat nak manjat tangga hopis yang bertiga tingkat tuh.
Dan rasa tak larat dah nak travel ulang alik dari Pasir Gudang ke Setia Tropika.
Maka aku membuat keputusan untuk cuti awal..
Sebab aku memang tak expect akan overdue sebab aku kan dah rasa contraction dah lama.
So aku menjangkakan akan bersalin cepat.
Namun, siapalah aku nak lawan kata Allah?


Tapi tak pada 27hb Disember 2011 tuh.
Baby aku rasakan kurang bergerak.
Pergerakan normal baby adalah sebanyak 10x sehari sekurang-kurangnya.
Tapi nurse nasihatkan aku, kalau kebiasaan pergerakan dia adelah 20x sehari atau lebih ke, janji bila rasa cama ade kurang gerak je, silalah lincah kaduk ke sepital..


Makanya, aku dan asben tercinta pon pegila ke sepital.
Malas dah nak cite camne sampai entrance and daftar semua, referla pada entry lepas di Edisi 1 dan Edisi 2.


Aku datang dengan muka yang segar bugar ceria mia..
Ade 4 orang tunggu masa tu.
Aku tengok orang sebelah nyebelah ada yang cam dah nak terberanak sangat dah.
Kakak sebelah dah berdarah-darah kainnya.
"Dah bape cm?"aku beramah-tamah.
"5cm.."
"Dari pukul brape?"
"Pukul 
8am tadi.."
Aih, semua orang dah nak beranak, aku ni bila la...gumam aku dalam hati.
Kakak sebelah, (semua aku kata kakak sebab nampak lagi tua, ye akukan muda remaje lagi) aku memang tak berani nak tegur la.
Muka dia memang dah tak mampu nak senyum dah.
Aku tau dia sangat sakit.


"Puan Nur Fatehatul'Ain.."
Hah, saya, saya!
Mood ceria terus bertukar.
Cam ada gumpalan awan-awan hitam atas kepale.
Sebab?
Saya takut kena seluk!
Tapi, itu pasti akan dihadapi kejap lagi..
Redha je..


Masa baring-baring tu terdengar perbualan doc dengan orang sebelah katil.
"Saya ade 2 rahim doc.."
Hah?
Dua rahim?
Apakah dua rahim?
Aku skodeng dengar kata doc, memang ada tapi rare la kes camtu..
Ow...


Katil sebelah plak, penuh saspen..
"Tahan puan, tahan...!" jerit nurses.
Pulak dah, kenapa kakak yang muka masam gila tadi tuh.
"Jangan push, tahan.."
Pulak dah kena tahan..Boleh ke tahan?
Rupanya anak kakak tu terlalu kecik.
1.6kg..memang sangat kecik sampai tak payah push pon die dah nak jatuh walaupun cukup bulan.
Oww...macam-macam.


"Kenapa puan?"tanye doc pempun yang cumil tiba-tiba datang kat aku.
"Saya rasa baby kurang gerak"
"Dah overdue 3 ari ye,"bila dia belek-belek buku pink aku.
"Ade contraction ke?"
"Saya memang dah rase dah berminggu-minggu lepas dah.."
Dia pun terus amik glove.
Ow man....bersiap-sedia la...


Zap, sentap..Tahan, tahan..(Kena selukla tu maksudnya..)
"1.5cm"
Hah?
Seriusly selama-lama aku rasa sakit ni tak gerak-gerak lagi bukaannya?
"Kita pasang mesin CTG ye puan. Untuk tengok jantung dia okay ke tak.."


Lepas dalam 45 min, doc datang tengok report..
"Heartbeat baby okay. Normal.."
Alhamdulillah aku lega..


Aku dibenarkan keluar..again..
"Doc, kalau dah overdue ni camne.."tanya aku innocent.
"Ow,cukup seminggu if baby tak nak keluar jugak, kita kena paksala. Tapi kalau sebelum tu dah ada apa-apa sign, datang je. Dan perhatikan pergerakan baby leklok.."


Gittew..
Next appointment, appointment paksa adelah pada 30hb Disember.
"Boleh balik?"tanya nurse kat kaunter  daftar.
"Boleh.."jawab aku senyum-senyum aku cam salu..
"Memang pun, orang kalau dah nak beranak sangat tak de dah boleh senyum-senyum cam awak, ceria je muka..Dah camtu,"tunjuk dia kat sorang kakak yang baru sampai nak beranak sangat dah kot..
Ahahahaha.


Aku baca report check tadi, berat baby sudah 3kg - 3.3kg.
Hoh??
Dalam beberapa minggu dah naik berat camtu?
Dulu masa 33 minggu baru 2.2kg kot..
Huuu, kecuakan melanda diri.
Camnela kalo baby ni nanti 4kg?
Ades~~

6 comments: