Friday, October 28, 2011

PANDUAN MENAMAKAN ANAK MENURUT ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim...


Nama anak?

He,saya dah dapat nama anak dari bape2 minggu pregnant lagi..(heksaited)
Yang best lagi tu,punya kuat naluri mama ni, nama anak lelaki dah standby dulu lebih dulu dari anak perempuan.
Apa namanye, tunggula nanti bila dah sampai orangnya ke dunia ni,saya bagitau, Insya Allah.
Bagi yang belum or masih mencari-cari nama anak yang sesuai, bolehla ikut panduan di bawah.
Sama-sama kita memberi nama yang baik kepada anak-anak Insya Allah....


Semoga anak mama jadi anak yang soleh salu mendoakan mama n papa...



Soalan;

assalamualaikum ustaz..saya ada 1 kemusykilan. saya bakal menimang anak september nanti. saya bercadang untuk menamakannya mengikut nama malaikat. apakah hukumnya sekiranya menggunakan nama malaikat sebagai nama anak? diharapkan ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan kemusykilan ini. terima kasih.

Jawapan :
Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.

PANDUAN LAIN/MENAMAKAN BAYI MENGIKUT ISLAM :

Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

cool Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.



Credit to :http://mrbelia.pun.bz/soalan-jawapan-agama-menamakan-anak-menu.xhtml

Friday, October 21, 2011

SUNGGUH SAYA REDHA & IKHLAS...

Bismillahirrahmanirrahim...


Entry kalini suka saya ingatkan yang ia akan berbaur emosi lebih daripada biasa..
Bukan nak cerita pasal konvo(nanti lain kali saya cerita perjalanan konvo saya,tak sempat2 lagi nak hapdet)
Masa ni kandungan saya dah pun berusia 31 minggu.
Alhamdulillah saya dapat sampai sejauh ni..
Ikut widget sebelah ni ade lagi 63 hari sebelum sampai due date.
Dan seiring dengan masa dan usia kandungan yang semakin banyak ni,makin banyak jugakla dugaan dan cabaran yang saya perlu hadapi yang memang ternyata menguji kekuatan saya..


Saya berkongsi bukan kerana saya mengeluh atau rasa terbeban dengan apa yang tengah saya hadapi tapi lebih kepada ingin berkongsi dan meluahkan rasa sendiri.
Sebab walau macam mana pun diri saya,walau sekuat dan sehappy go lucky mana pun diri saya macam yang kawan2 salu nampak saya,saya masih seorang perempuan,masih ada satu masa di mana saya rasa semangat saya berada di tahap paling rendah serendah diri saya.
Yang mana ada ketika saya akan menangis dalam usaha mengumpul dan mencari kekuatan sendiri.


Yes,saya selalu dapat sokongan dari insan-insan tersayang,terdekat.
Dan yang terdekat dah tentu suami tercinta yang tak pernah jemu memenuhi apa je pun permintaan saya walau dalam penat dan kesibukan dia sendiri.
Sebab bagi dia,sepenat2 dia,2x ganda lagi penat saya.
Dan dalam hidup saya kini,dia jelah yang saya jumpa setiap hari,hanya dia sebab kami duduk berdua.
Jadi pentingla bagi dia untuk korbankan masa kerja malam dalam waktu-waktu saya makin sarat ni.
Kesian saya tengok dia akan call kawan2 untuk tukar shift kerja kalau dapat kerja malam.
Takut apa2 jadi kalau saya tinggal sorang2.
Ada sekali tu dia kerja pukul 8pm.
Dia call,tapi saya tak dengar sebab tengah syok sangat potong buah2 yang ada dalam fridge.
Dah kena bebel free sebab dia dah ingat benda tak elok jadi.
Sorry hubby!
Kadang dia tak dapat kerja kalau saya meragam semacam..
U are the best Hubby,thanks 4 everything..


Condition saya sekarang tak bape menentu.
Kelmarin baru g checkup,berat saya naik 4kg dalam 2 minggu!
Dulu masa raya dalam entry lepas,naik 4kg dlm 4 minggu.
Tu pun dah macam2 pantang.
Ni dah 4kg 2 minggu,mulalah keluar macam2 amaran dari nurse.


ECLAMPSIA & EDEMA
Semua masalah ni berkait antara satu sama lain.
Dalam banyak2 tu yang paling saya ngeri eclampsia.
Bahasa senang dia sawan.
Sebab takut saya ada darah tinggi dan serangan nya boleh jadi bila-bila sahaja walau dalam seminit pun.
Bayangkanla kalau dalam tengah drive tu tiba-tiba kena sawan.
Tak naya....
Maka dengan tu,mulai minggu depan suami mengeluarkan arahan rasmi bahawa dia yang akan hantar dan ambil saya kerja.
Horey!!
Tak payahla drive dari Taman AIr Biru PG - Taman Setia Tropika yang membuatkan saya kena menempuh perjalanan hampir 70km setiap hari ulang alik.

Ditambah jalan yang perlu ditempuh adalah highway Pasir Gudang,merupakan antara yang mengungguli statistik kemalangan tertinggi di Malaysia.
Takat kemalangan maut tu,tah bape kali dah terserempak.
Teringat masa awal2 pregnant dulu,tiap kali jumpa eksiden,mesti saya terketar2 dan terus call hubby sambil nangis2 sebba takut.
Maybe masa tu tak kuat kot..sekarang oke je.Tabah je..
Dalm gembira2 hubby nak anta amik kerja,terdetik,"kesiannya hubby kena ulang-alik tiap hari nanti,".. sebab dia kerja kat Pasir Gudang.


Macam nila keadaan yang perlu saya tempuh setiap hari.Boleh tahan??



Dan maybe kena sekali lagi minum air gula sebab takut ada kencing manis.
Padahal saya dah kawal semua,gula,makan..
Tapi camni jugak naiknya.
Saya sendiri memang tak perasan sebab badan rasa memang tak naik sangat pon.
Cuma yang obvious kaki,tangan saya memang bengkak teruk..
Edema yang teruk. Ni gambar orang kena edema...
Yang paling sedih dan perit tu,tangan saya dah tak boleh genggam dah


Tangan bengkak...sob2
Lagi teruk kalau bangun tidur pagi2..
Memang sakitnya..Allah je taw.

Lebih sedih sebab nak genggam apa2 pon dah tak boleh sebab memang dah tak boleh genggan habis tangan ni!
Kalau beli apa2 kat kedai ke pasar ke,memang biasela hubby saya (hubby lagi) kena kutipkan syiling yang orang kedai balikkan sebab syiling2 tu selalu berterabur jatuh kat lantai.

Sebab saya tak dapat genggam syiling tu!
Ada sekali tu saya tahan airmata tak tahu kenapa saya sedih sangat tengok hubby kutipkan syiling2 yang jatuh tu.
Terasa betapela saya menyusahkan suami saya..
Kalau kat umah pulak,time nak pakai brooch kat tudung.
Brooch2 tukan halus je (sebab saya tak gemar pakai yang besar2)
Mesti jatuh sekali dua sebelum dapat pakai.
Hubby sekali lagi sabar je kutipkan jatuh kat mane2 tah..
Nak bangun tidur sebelum dapat berdiri dan berjalan mesti hubby akan pimpin saya,pegang untuk bangun dari katil pastu pegang sampaila saya dapat berjalan dalam 2 3 langkah,baru dia akan lepaskan sebab kaki saya sakit teramat2 nak pijak lantai tu.
Dah okey baru dia akan turun (dia mandi toilet bawah,saya mandi toilet atas)
Itu pun kadang-kadang saya panggil dia naik semula untuk tolong buka kan kepala paip sebab tangan saya sakit tak dapat bukak.
Sumpah,bukan saya ngada-ngada.
Tapi itula kenyataannya,memang sakit!


Alhamdulillah,saya bersyukur dikurnikan suami seperti dia...
Kadang bila saya duduk diam,muka sedih,kadang nangis,dia akan tanya kenapa.
Saya jawab takde pape padahal saya sedih sebab saya banyak susahkan dia.
Ada satu malam tu saya takkan lupa bila saya rasa sakit belakang dan pinggang yang amat2 sampai saya hanya boleh nangis.
Hubby ajak g klinik tapi saya kata tak payah sebab saya tahu inilah pengorbanan yang saya kena tanggung sebagai seorang ibu.
Sungguh saya redha,saya ikhlas walau ia sangat menguji saya.
Sudahnya dia baring sambil gosok2 belakang saya dan berzikir.
Pujuk dia pada saya,"sayang jangan nangis ye,sayang kuatkan..Sayang hubby kena kuat."
Tapi dalam diam dia sambil berzikir saya tahu dia sendiri menangis.
Menangis tengok kesakitan yang saya tanggung masa tu..
Ternyata asma2 Allah dan zikir2 tu ibarat terapi yang terbaik buat sakit belakang saya.
Saya tertidur lena dengar zikir2 yang dia baca.


Rasanya saya kena berhenti sebab saya menangis lagi.
Tak nak hero saya nanti gembeng macam mama dia.
Terima kasih hubby..
Terima kasih fam yang saya tahu menyokong walau masing-masing jauh.
Terima kasih kawan2 yg selalu support saya, Nurul 'Aqilah yang selalu jadi pendengar saya yang setia..
Terima kasih d only collegue,for ur understanding.
Terima kasih kawan2 lain untuk doa dan semangat dari anda.
Harap masih setia mengirim doa buat saya..
Wassalam...