Thursday, May 17, 2012

Jawatan Kosong Lagi..

Assalamualaikum n Salam sejahtera


okeh,berite gembire..
Jawatan Kosong!

1)Admin Exec-Degree in mngment or HR
2)Site Clerk-SPm
3)QS
4)Property Exec
5)Project Manager
6)Site ENgineer
M&E COordinator.

Lai,lai..
Yg ade area JB..
Sape2 kawan2 nak sy tlong,dlm minggu ni je.
Last bagi resume on 21hb Mei 2012 nila..
Saya baik hati bukak lebih mase..
sape nak sila respon dan saya akan reply dan bagi emel..


Tapi suka saya ingatkan,this is a construction company..

Monday, May 14, 2012

Jawatan Kosong (Senior Property Executive)

Assalamualaikum WBT n Salam Sejahtera


Okay, this will be a very short and express entry.
Really need somebody eligible for the post.
Urgent!



Responsibilities:

To lead a team of energetic executives for property planning and development
·      To liase with authorities, contractors, consultants, suppliers, external agents to ensure the     completion of assigned tasks
·      To assist the HOD in property development planning and execution
·      To assist the HOD in the day to day management of commercial properties
·      To comply and achieve total customer satisfaction in handover procedure for all properties

Requirements:

·      Candidate must posses at least Professional Certificate/ Diploma/ Bachelor Degree or Professional Degree in Property Development / Real Estate Management / Civil Engineering / Building or equivalent
·      Minimum 5 years experience in related field
·      Preferably Senior Executive specializing in Property / Real Estate
·      Good written and spoken in Bahasa Malaysia and English

Open just for this whole week..
Based in Johor Bahru
Leave comment and i will response ASAP.

Friday, May 4, 2012

Serius Tak Setanding Dengan Tutty Fruity dan Resepi Rahsia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya menggunakan tajuk sebegitu bukanlah kerana saya big fan of Secret Recipy (SR) mahupun Tutty Fruity (TF).
Ini adalah kerana sejak wujudnya TF, adelah beberapa entrepreneur yang turut ingin terjun ke dalam perniagaan yang lebih kurang sama.
Saya menggunakan tajuk sebegitu kerana mereka ada konsep aiskrim seperti TF dan juga kek seperti SR.

Wednesday, May 2, 2012

Saung Sunda Sawargi

Sebagai Duta of Makan-Makan Places (lantik diri sendiri), arini aku nak cerita pasal satu tempat makan kat JB yang cool^^.
Disebabkan aku pegi makan dengan tak berniat nak buat review, maka terpakselah aku mencilok serba sedikit gambar dari a few blogger yang turut buat review pasal tempat nih.
Lagipun masa ni aku dah pregnant 8 bulan kot, memang tak kuasela aku nak amek gambar sangat...


Restoran ni terletak kat Taman Impian Emas, Jb.
Kalo nak pegi,senang je, kalau dari Kempas, nampak Esso depan korang, belok kiri.
Kedai ni kat corner lot dekat traffic lite.
Aku dah beberapa kali la makan sini, adela  5 6 kali dah kot.
Sepelik namanya, Restoran Saung Sunda Sawargi ni menghidangkan makanan Sunda yang kalo korang dapat menunya, korang mesti tergaru-garu ketak fahaman apekah benda dalam menu tu. 
Jangan segan silu, tanye je waiter-waiter tu.
Dengan rasa tak rimas dan sabar dorang akan explain.
Antara perkataan-perkataan pelik yang korang akan jumpa seperti gurame, timbel, sup buntut (ini bukan lucah), aih bermacam lagila, sumpah aku tak hengat.
Tu belum airnye, sirsak (fav haku nih, mintak dipisah gulanya, gittew..bos aku haja).

Masa pegi dengan Nurul Aqilah, aku makan benda ni..

Namanya nasik timbel spesial, regenye RM10 gitula kot..
Yang macam sup kat sebelah tu namanya kuah assem.
Rasenye memang ohsem..
Kalo ikut putaran jam, tempe dan tauhu cam ada rasa kicap-kicap gitu, Ahyam, benda cam ade jagung tu aku tak tau ape namenye tapi sedapla, sambal dia ngancam kalbu, nasik (nama nya nasik timbel sebab bungkus)
Qila dengan eksennye dengan air dia, avokado juice
Jom tengok kedai ni..
credit to website ni..



Aku rekemenla tempat ni kalao nak bawak orang-orang tersayang..
Hargenya pada aku okay la makan sekali-sekala.
Nak ari-ari bengkok la.
Antara menu yang aku rekemen macam, gurame terbang, paru dia (tak hengat nama), sotong kicap kot (dia ade name spesel sunda die, juga tak hengat)
Kalao air jus buah dia, baik korang mintak dipisah gulanya sebab kalau tak, potong kaki korang (manis gile maksud aku..)
Tempat ni memang sedap, sumpah sedap..

Wednesday, April 25, 2012

NICU dan Tiada Susu Ibu (Sambungan)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ketiga, aku balik rumah..
Mak dah ada kat rumah.
Serius, tiap kali pandang muka mak, aku nangis masa tu.
Atas sebab yang macam-macam.
Terkenangkan semua kedegilan aku selama ni, melawan kata mak, sedangkan rupanya mak  bermatian melahirkan aku.
Aku lahir 3.7kg normal, anak aku baru 3.49kg operate..
Mak kata kesan jahitan beranakkan aku masih ada.
Masa kena gunting, siap terkoyak other way, kira ade dua cabang sebab walaupun orang kata jangan angkat punggung masa teran, mak terangkat jugak sebab aku sangat besar.
Oh, mak..Ampun mak..
Dan aku sedih sebab dari lahir sampai dah lahirkan anak sendiri, saya masih perlu mak, bergantung harap pada mak..
Kebetulan mak adelah bidan tapi dia dah lama berehat, dah tak larat..
Tapi kerana anak sendiri, dia turun padang semula.
Dan dia pun tak nak orang lain urut aku.

Sampai-sampai rumah je, mak terus suruh pakai kain batik.
Untuk urut breast!
Mak kata ada orang anak sulung memang takde susu, nak kena urut baru keluar..
Soalan bagi yang perempuan, apa rasa bila breast anda terlanggar atau dicucuk?
Sakit kan?

Ohhh, anda bayangkan kena urut.

Teramatlah sakitnya..
Aku sampai gigit-gigit kain.
Betul-betul sakit oiiii...
Nak paksa susu keluar punya pasal.
Masa tu dah memangla nangis kan sebab sakit, nangis lagi bila tengok muka mak..
Mak jugak ada dengan kita masa tu dan paling selesa kita nak ngadu ape pun.
Pas dah urut-urut tu,nampakla setitis dua susu keluar..
Seksa-seksa sakit, setitis dua keluar pun aku dah nangis dah. Nangis lagi..
Pas dah siap urut tu, mak kata,
"Nanti jap lagi susu datang. Sakit tau, boleh demam.."
Aku endah tak endah je dengar, janji dah selesai.
Sakit wooo....

Petang tu aku tak pegi tengok Faiq.
Sebab rasa macam sakit..
Malam tu, memang betul macam yang mak cakap, susu datang..
Badan aku menggigil-gigil, breast bengkak yang amat, punyalah keras.
Aku kata kat hubby cam bola boling!
Sampaikan aku nak tido ngiring kiri kanan pun tak boleh sebab bengkak, sakit.
Sepanjang malam aku tak boleh tido..nangis sakit di samping berusaha perah susu..
Aku simpan guna bekas ni..

Ni bukan bekas aku, gambar hiasan.


Nak isi dalam botol susu ke memang tak dapat sebab tersangatlah sikit susu yang diperah tu.
Hampir sepanjang malam aku guna untuk perah walau yang keluar masa tu setitik-setitik.
Demi anak, sikit pun takpe, aku nak dia minum susu aku.
Sampai ke siang dapatla macam gambar di atas, korang bahagi dua.
Banyak tu je.

Pagi tu aku pegi sepital pagi, walau bukan waktu melawat, aku tak dulik.
Aku masuk dulu, hubby pegile merempat mana-mana dulu.
Sekali, masa kat sepital tu, sebab guard sian tengok aku dengan wilcha, dia bagi hubby masuk.
Kami masuk ikot emergency entrance. Heheeee..
Ye, pakai wilcha sebab sakit oiii luka kat perut nak jalan.
Masa ni,luka memang serius ganas dah rasa sakit dia.
Setakat makan paracetamol tak lega la..
Kena makan ponstan, baru reda sakit.

Masuk-masuk, Faiq tengah susu..
Aku pun lincah kaduk keluarkan susu sikit aku tu.
"Sikit je nurse, takpe ke, cukup ke.."
"Takpe, janji ada, tapi kita tambah jugak sebab sekali minum dalam 55ml.."senyum je nurse tu, comel..
Eh,katil dah makin keciklaaa...
Oh, benda sambung kat hidung selama ni pun dah takde..

Mula-mula pakai yang jenis ni..

Pastu tuka yang gini

 
   
 Tu bukan katil dia, tapi camnila,
"Puan, cuba cek pampers dia, kalau basah tukarkanla.."
"Hah, boleh ke nurse?"
"Boleh.."
Aku menukarkan dengan nebes..
Ahahah, lawak rase nebes, yela 1st time buat kat anak aku tuh..
Perasaan berbunga-bunga.
Kelakar masa tu berebut-rebut dengan hubby.
Penat budak tu bertukar-tukar tangan.
...........................................................................................................................

Esoknya, masa sampai-sampai, nurse tengah bagi susu lagi, aku terus hulur nurse susu aku.
"Oh, patotla dia tak nak susu sini, macam tolak-tolak, dah dapat susu yang lagi sedap rupanya.."
Oh, sudah pandai memilih anak aku ye.
"Puan, try bagi breastfeed tengok dia nak tak."
"Hah, dah boleh bagi ke? Oh,dah boleh amek die ni? Dah boleh dukung ni?"aku tanye memang heksaited gila..
Nurse tu senyum angguk..
Yeaaa, aku akan memeluk anak aku buat pertama kalinya..
Alhamdulillah!!
Wah, anak aku hebat..Pandai latch macam ada experience je sebelum ni..
Ahahahaha..
Aku tertarik dengan kajian yang mengatakan mereka masih tak dapat buktikan macam mana bayi ni, mampu menyusu sebaik je dilahirkan. Padahal tak penah ada sapa ajo pon kan? Ah,kuasa Allah..



Gambar pertama..Usia 5 hari.
Kemain gembira semua orang dapat tengok muka cucu, anak buah. Bagi pulak jelingan baeek punya.


Asben ketawa sangat bila tengok gambar ni. Tau kenapa?
Sebab dia kata sebijik macam aku.
Masa ngandung dulu aku suka buat muka gini bila asben suruh tido, cam mata pura-pura tido padahal tak..
Hamek kau, menurun perangai
Tahla anda paham ke tak.


Lena kenyang dah susu.
Kepuasan yang tak terkata dapat bagi anak makan sampai tertido kekenyangan.




Aku dimaklumkan yang keadaan Faiq makin oke.
Aku dah boleh tinggal dengan dia kat NICU sebab dah boleh breastfeed dia.
Dan dia akan dipindahkan ke tempat pertengahan sebab masih perlu wayar berselirat kat dada untuk monitor heartbeat dia.
Alhamdulillah!
Aku dapat satu katil dekat bilik ibu-ibu yang anaknye dalam NICU untuk letak barang semua.
Tapi aku memang tak lepak langsung dalam tu..
Syok lagi tengok muka anak aku kot..

Waktu makan, ada sediakan makanan.
Tapi,makanan sepital, korang taula kan..
Makanya, suami aku akan bawak makanan dari rumah yang dia masak.
Suami terer masak?
Tidak.
Dia belajar.
Bila tiba time masak, dia mesti akan text dan call tanye tu dan ini.
"Tula, dulu tak nak belajar.."bebel aku.
Dia akan bawak ikan cencaru bakar, sayur sawi masak air..letak halia banyak-banyak.
Pada aku sedap sebab dia masak dengan penuh kasih sayang..
Walau pun bila mak rasa, mak kata,"Terlebih halia sayur ko ni aizat.."
Ahahahaha, jangan marah hubby! I lebiu...
Sepanjang aku kat sepital dia masak, sampai rumah masa dalam pantang pun dia akan siapkan makanan sebelum pegi keja.
Dia dapat cuti seminggu dan extend lagi seminggu..
Dia kurus masa tu!!

Ahahahah...
Tengok, anak dengan bapak sama naik..
......................................................................................................

Sekejap je Faiq duduk tempat pertengahan tu.
Malamnye dia ditempatkan kat tempat pantauan.
Dari hari ke 5 hingga hari ke 8 aku tidur kat tempat pantauan tu di mana ibu disediakan tempat tidur kat situ jugak.
Dipisahkan oleh langsir-langsir.
Sofa tu macam transformers, akan bertukar jadik katil lepas maghrib.
Ada nurse yang akan buatkan semua tu.
Jadi, tak hairanlah orang semua pelik tengok aku walau pun c zer, aku cepat lasak.
Sebab aku dah biasa bersusah bersakit masa jaga anak dekat NICU.
Diri sendiri pun sakit tapi untuk anak, lupakan sakit tu..

Pas dapat dengan aku, Faiq very into his mom..
Dia cam taknak langsung jauh.
Dia taknak kena letak.
Nak dipegang je..
Mungkin sebab beberapa hari lahir,langsung tak dapat didukung.
Malam pun gitu, katil sofa tu kecik je muat-muat 1 badan.
Tapi, dia taknak tido dekat katil dia.
Diletak kat ketiak baru lena...mungkin jugak sebab tempat tu sejuk bagai nak gila.
3/4 katil dia amek, taknak anak jatuh.
Mama ciput je baring kat tepi dengan perut sakit gila.
Seminggu tu memang aku bergantung sangat pada pain killer..

Menyusu kemain kuat lagi..
Anak laki..
Dah takde masalah takde susu dan dia pun susu dua jam sekali, kadang belum sampai dua jam nak susu lagi.
Sekali session paling kejap 20 min.
Hamek..
Ada jugakla peristiwa, abang and kakak sebelah anak dia kuning, agak teruk pastu berat anak dia tak naik-naik, asek nangis..
Asek kena amek darah je, bila doktor datang cek, abang tu dok serang doktor tanya bila anak dia boleh keluar pastu kenapa berat tak naik pun,turun lagi ada..
"Itu perkara biasa encik..ada bayi yang lepas lahir berat dia turun.."jawab doc.
"Ah, abes tu baby sebelah tu berat naik je tak turun-turun pun..semangat je!"
Baby sebelah tu merujuk anak aku. Sian aku tengok doc Cina tu,tergaru-garu nak explain.
Anak abang tu rupanya tulang belakang dia senget, jadik sebab masa push mak dia tak push betul-betul and anak dia tulang tak kuat...patut asek nangis.
Hui, pentingnye calcium mak makan masa pregnant..


video
Faiq 7 days old..Video terbalik, tengok kalau nak senam leher dan mata.

Hari kelapan, pukul 1pm, baru Faiq dibenarkan keluar..
Alhamdulillah..gembira macam nak guling-guling..
Selamat tinggal NICU yang tidak disuka..
Tapi thanks kat nurse and doc yang jaga anak aku..
Walau camne pun, akan ada kesan jangka panjang pada Faiq, sebab kesan sakit dia ni..
Kena pantau betul-betul..
Takpe sayang, ini ujian Allah, kita semua kena redha...
Mama dan Papa akan jage Faiq bagai menatang minyak yang melimpah-limpah..!

Monday, April 23, 2012

Seminggu di NICU dan Cabaran Breastfeed (Tiga Hari Pertama)

Assalamualaikum WBT..


For u ols information, untuk ibu yang melahirkan melalui kaedah pembedahan atau nama lainnya, caesarean / c-zer atau sebutan biase lidah melayu, operate atau ikot tingkap, kalau di hospital gomen, biasanya akan ditahan wad selama 3 hari depends pada condition la jugak..
Biasenyela..
Kalau ade kes-kes terpencil biasenya akan di refer semula..
Untuk kes saya, saya okay, takde apa-apa trauma, jadi saya dibenarkan keluar lepas 3 hari..
Tapi tidak bagi anak saya..sob2~
Saya cerita betapa suffer nya saya melihat kesakitan anak saya masa tu..


Hari Kedua


Lepas kali pertama jenguk anak saya kat NICU, saya balik ke wad..
Sebab saya tak sanggup nak tengok prosedur yang nurse tengah wat kat Faiq..
Walaupun hati meronta-ronta nak tenangkan dia dan nak dia tahu saya ada di sisi dia untuk menyokong dia..
Hubby bagitau saya, masa 1st day lepas kua dari OT, Faiq kena dok incubator..

Camnilah inkubator mula-mula faiq duduk


Kalau nak pegang dia kena masukkan tangan ikot lobang

Tapi, masa hari kedua saya dah boleh tengok dia, dia dah tak payah dok inkubator sebab doc kata anak saya sangat aktif pergerakannya.
Jadi dia hanya perlu dok katil gini je..

Katil hari kedua sampai ketiga
Oh, FYI juga, kat NICU tu ada 3 bahagian..
Bahagian kritikal (tempat Faiq,sob2~), bahagian pertengahan dan bahagian pantauan.
Dia ada terms sendiri which saya pun tak ingat dah..

Sepanjang 3 hari saya kat hospital, saya dibenarkan keluar dan masuk pada bila-bila masa saja ke NICU tu.
Ini untuk pastikan, ibu-ibu boleh menyusukan bayi, breastfeed (BF) on demand. (saya akan wat entry khas tentang breastfeeding, insya Allah)
Tapi sedih..again sedih..
Saya tiada susu masa tu!
Bagi kes bayi-bayi kat NICU ni, untuk memberikan antibodi, ibu-ibu adalah sangat digalakkan memberi BF kepada bayi sebab susu ibu ada segalanya untuk anak ang boleh buat dia lagi kuat untuk lawan sakit masa tu.
Tapi,sedihnya saya tiada susu masa tu.
At all!
Setiap kali nampak muka saya, nurse akan tanya,"ada susu puan?"
.................................................. saya sugul.
Masa tu saya rasa tersangatla loser sebab sebagai ibu, saya sendiri tak mampu tolong anak saya.
"Im not a good mom.."

Setiap 3 jam bayi-bayi dalam NICU akan diberi susu.
Jadi, bagi ibu yang ada susu, mereka boleh membekalkan susu dengan tulis nama ibu dan anak pada bekas tu dan nurse akan bagi masa bagi susu.


Untuk 3 hari pertama, Faiq tidak dibenarkan digerak (sebab ada tiub oksigen kat hidung
Maka, Faiq terpaksa minum susu formula masa tu, siap guna saluran bantuan masuk terus ke tekak.
Walau pun saya tak dapat memBF Faiq masa tu, boleh dikatakan setiap masa saya akan ada dengan Faiq.
Selagi saya tak rasa ngantuk, saya akan teman dia..
Sentiasa mengalunkan selawat shifa ke telinganya.
Dan baca apa-apa saja.
Saya berdiri berjam-jam kat situ sampai ada nurse datang bagi kerusi sebab dia tau saya c zer. Terima kasih nurse...
Nampak tiub kat mulut baby ni?
Camnila Faiq makan masa tu..

Bila kat wad, semua 3 orang lain dalam bilik tu ada anak di sisi dorang.
Kadang nangis, kadang meragam..
Tapi saya?
Takde, anak saya takde dengan saya.
Anak saya sedang berjuang dengan diri sendiri nun kat NICU.
3 hari saya berendam airmata.
Tengah-tengah malam waktu semua orang tidur, saya berjaga, berusaha perah susu tapi tetap hampa. Saya nangis lagi..

Hari Ketiga

Hari ketiga saya datang dengan harapan ada perkembangan yang baik pada Faiq.
Bukak je security door tu, memang akan dengar suara bayi-bayi menangis.
Saya mampu cam suara anak saya..
Sebab bunyi nangis dia lain. Suara dia lain.
Dari jauh saya berdoa saya harap takde nurse kat keliling dia sebab tu bukan petanda yang baik..
Tapi, saya nampak ade lampu blue ray pada Faiq.
Ya, Faiq kena kuning / jaundis..
Saya panggil doc tanya camne condition Faiq untuk arini..
"Tahap kuning dia tak tinggi, puan jangan risau"
Saya perhati sekeliling, ada bayi yang sampai 2 3 lampu blue ray.
Faiq ada satu je..
Mata kena tutup..

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Saya perhatikan, berat Faiq meningkat setiap hari..
Meningkat dengan baik, setiap hari dalam 100gram!
Dan Faiq tunjuk progres yang baik.
Dia anak yang pintar, setiap kali waktu melawat, jarang dia tidur.
Sebab dia tau papa dan mama akan datang.
Kami akan sentuh dia sebab body contact tu, sentuhan kulit ke kulit akan buat anak anda lebih cepat sihat dan genggaman tangan dia sangat membahagiakan kami..
Cuma kami tetap bimbangkan heartbeatnya.
Heartbeatnya lemah setiap kali tidur dan akan naik bila berjaga..
Sepanjang tempoh kat NICU kami suami isteri pun bagi sokongan sesama sendiri.
Ada kala saya menangis, hubby tenangkan..
Ada kala hubby menangis, saya tenangkan.
Tapi most of the time, saya yang menangis.
Of course, i'm his mother...

Dan sepanjang kat NICU, setiap 6 jam, Faiq akan diberi suntikan antibiotik dan suntikan-suntikan lain..
Tu belum kira masa kuning kena amek sample darah setiap 4 jam tuh..
Suntikan antibiotik tu adelah sangat sakit!
Bisa dia terasa masuk dalam darah..
Serius sakit sebab pas c zer saya pun kena untuk elakkan jangkitan.
Anda boleh bayangkan tak tangan kecik tu?
Kena injek tahla berapa kali sehari?
Habis tangan Faiq bengkak, berlubang-lubang kesan suntikan..
Hari ketiga, terpaksa pindahkan ke kaki pulak tempat masuk ubat sebab tangan dia dah habis bengkak..
It feels like there's a punch of hole in my chest bila tengok semua tu tapi saya redha sebab anak saya kena baik!
Saya kena kuat dan saya tahu Faiq anak yang kuat!

Saya dibenarkan keluar masa waktu melawat lunch tu..
Hubby pi bayar setel billing semua.
Adik saya pun ade mase tu untuk tolong saya..
Saya tak pasti berapa kos sebenar semua sebab husband guna GL untuk setel semua.
Rasanya dalam RM250 untuk kos operate tu..
Tapi dalam resit saya tengok dalam tak sampai RM50 pon bil wad dan ubat.
So, nak pegi private or gomen?
Terserah pilihan masing-masing..

Balik ni, ade misi lebih besar tengah tunggu kat umah.
Mak saya dah siap-sedia untuk urut breast untuk keluarkan susu....
Saya sedih sebab dah jauh dengan Faiq...
Tapi saya akan datang hari-hari.
Cerita nanti ye!

Saturday, April 21, 2012

Pengalaman Bersalin (Edisi Terakhir)- Caesarean


Assalamualaikum WBT..

Sampai kita akhirnya ke edisi bersalin yang betul-betul bersalin.(Apakah bahasaku ini..)
Diingatkan bahawasanya edisi kali ini akan panjang dan berbaur serius serta penuh linangan airmata.
Bagi penulisnya la..
Sebab sesungguhnya trauma tu masih dan..akan sentiasa terpahat kukuh dalam ingatan ni.
Kerana pengalaman ni rasanya adalah perkara terburuk pernah terjadi dan ujian yang paling getir untuk saya hadapi seumur hidup saya.
Cam tak bes je saya maya..
Tukar aku.
Baru cam real sikit bunyik dia kan..(kerana edisi ini edisi real dan serius)

Kontraksi semakin kuat dan dekat-dekat

Masa tu 29hb Disember 2011, hari Khamis.
Dek kerana dah biasa dengan kontraksi main-main, setakat kena jerkah sekali sekala tu dah biasa sangat dah.(Tapi suka aku ingatkan, kontraksi itu adalah sakit ya)
Masa tu pukul 1.30 pagi, aku terjaga sebab terasa sakit.
Sakit yang..sakitla kan.
Cam biasa tabiat aku pagi-pagi buta pi peepee.
Ada darah.
“Ah, da seminggu pun berdarah…”rilek lagi..
Darah seketul padahal tuh.
Panjat katil semula sambil sengaja senggol-senggol hubby (saje biar tido dia terganggu supaya dia sedar apa yang berlaku)
Aku tengok jam untuk monitor berapa kerap sakit ni.
Setengah jam, setengah jam, 20 minit…
“Hubby, sayang sakit. Konsisten jeni setengah jam setengah jam”adu aku kejut hubby.
“Jom sepital”skrip yang dah biasa aku dengar sejak beberapa minggu lepas.
“Nantila dulu..”aku berlengah.
Sebab memang pon appointment arini..
Sampai masa tu dah subuh, aku menahan sakit.
Aku kejut hubby pas dah decide yang aku akan pegi sepital pas solat subuh, lebih awal sket.
Walaupun ada bleeding, tapi pas dah bersihkan, aku solat gak..

15 minit, 10 minit..
Okay,kalini serius sangat sakit.
Sakit dia camne nak kata eh..
Cam pedih, kena pulas pinggang, cam nak berak..
Semua adala.
Tapi still boleh tahanla sakit tu (tak sengaja pulak tertakutkan kawan-kawan yang belum  pernah beranak, hikhik)

Pas dah siap-siap pakai kain batik sekali la senang.
Aku turun bawah, dengan niat nak makan.
Kang takde tenaga plak nak mengepush, pikir aku.
Barang-barang memang tak masalah sebab memang dah berbulan ready dalam keta tuh.

Jengah-jengah dapur, ada nasik putih je, semalam punya.
Aku dengan lincah kaduknya menggoreng telur mata kobau sebijik.
Untuk aku je, mase tu tak pikir pon asben tu pon tak breakfast lagi.
Cis punya isteri.
Tapi nak beranakkan? Dimaafkan kan?
Makan dengan kicap.
Comel tak?
Aku teringat kata doktor, ada orang tu beranak sampai muntah-muntah.
Dia nasihatkan aku jangan makan benda pedas dan berempah in case la kan aku termuntah.
Kan perit tekak kalau keluar benda pedas.
Sebelum keluar sambar kurma 2 bijik.

Masa tu dah pukul 7am.
Dalam hati kami suami isteri doa janganla highway Pasir Gudang jam.
Peak hour, semua orang keluar kije.
Alhamdulillah, jalan clear.
Sambil jalan-jalan, call semua orang yang patut.
Mak, Ayah, Along..
Sambil baca La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzalimin
And Selawat, and semuala yang terlintas kat kepala.
Hubby senyap.
“Hubby, sayang nak beranak jela, bukan nak pi mati..”aku berusaha mengecoolkan keadaan.
Ternyata usahaku tidak membuahkan hasil.
Ahahahahah, kena marah sebab kata gitu..
Dalam hati aku sambung skrip tadi, andaila Allah tak ambik nyawa aku kan.
Taknak kasik dia dengar.
Jalan ke HSI tu tak rasa panjang pun.

Sampai emergency entrance, terus pegi tempat sepatutnya tanpa segan silu sebab dah 4 kali kan datang, tidak blur.
“Puan nak wheelchair”tanya atendan kat situ sopan.
“Takpe-takpe, saya taknak whilca, boleh jalan”

Daftar, nurse tanya apa sign?
Aku pun menceritakan dengan begitu lancar.
Terus masuk, tunggu dalam 5 minit, panjat katil, doktor cek..
“Camna puan?”
Camna apa?nak ajak ko pi breakfast ke?
Ternyata bukan tu yang keluar dari mulut aku.
“Kontraksi dah 10 min 10 min”
“Baby gerak okay?”
Er, sumpah aku lupa monitor pergerakan baby sebab dah sakit, dah tak rasa sangat.

Dan episod duka pon datang, kena seluk.
Serius.
Tidak suka.
Sakit!
“Puan,tarik nafas kalau sakit”
Rasanya tak membantu pun tarik nafas tu…sigh~
“Bukaan 2cm”
Hah, 2 cm je! Yang dari malam tadi aku sakit baru 0.5cm je geraknya?
Lalu mesin CTG dipasang.
Dalam tak sampai setengah jam.
Heartbeat baby okay, 120, 140, 150..aku tengok sendiri.
“Kontraksi awak kuat, kita pegang awak.”
Itu bermaksud aku warded.

Aku ke tolilet, tuka uniform pink.
Comel je pinky...dengan slipa croc putih.
Jalan-jalan pegi ward.
Em, ade 2 orang dalam ward tu. (saya dok ward 2nd class)
Sorang baring-baring, sorang ada doktor dengan dia.
Ada kad tulis PUASA atas katil dia.
Aku langsung tak tau kenapa dia puasa.
Takkan nak tanya plak kan.

Aku baring, hubby kemas-kemas barang..
“Suami tak dibenarkan tunggu kat katil ye puan. Datang waktu melawat”
Sekali lagi,tak gembira..
Aku suruh hubby balik sebab masa tu dalam pukul 10am.
Lambat lagi pukul 12.30pm waktu melawat.
Sedih…nak hubby.

Nurse datang pasang mesin CTG.
Nurse belah je, aku pun lincah kaduk membuka FB via handphone buruk.
Amik gambar siling ward melaporkan dat I’ve been warded.
Sambil aku perati figure kat mesin CTG tu.
Tak sampai 10 minit pastu episod ngeri pun datang…

150, 120, 90, 70, 0 pada heartbeat baby.
Tet……………………………………………..
Mesin tu keluarkan bunyi.
Er, mesin ni rosak ke, tanya aku dalam hati.
Nurse berlari-lari masuk.
Melihatkan muka nurse, aku tahu something yang tak best dah berlaku.
Doktor pon berlari-lari.
Seramai 3 doktor.
Bila aku nampak dia pakai glove, aku tahu aku bakal diseluk lagi.
Doktor lelaki, Indian.
Rasa-rasa dan membuat muka hairan.
Doktor Cina lelaki.
Rasa-rasa dan juga membuat muka kompius.
Masa tu aku buat keputusan text hubby suruh datang segera, urgent!
Nak call takleh, cam tak hormat plak kat doc-doc tengah buat kije.
Then aku rasa dia head doc, pempuan cina, again diseluk.
Masa ni aku dah pasrah dah, sebab aku tahu anak aku dalam bahaya.
Seluk-seluk tapi dia explain something yang bahasa nya aku tak paham, bahasa medic.
Dorang masih tak dapat jawapan pasti lalu doc pakar dipanggil.
Doc pempuan melayu. Again, diseluk..
Then dia amik sample air ketuban.
Masa tu aku tahu, anak aku dah berak.
Untuk info, najis pertama tu adalah sangat merbahaya.
“Send her to OT, now!”
OT adalah operation theater.

Dalam tak sampai 5 minit je aku diligan oleh semua orang.
Tangan kanan sorang nurse.
Tangan kiri sorang nurse.
Pasang tiub-tiub, cucuk masuk air.
Doc lelaki cina tu, pasang tiub air kencing.
Serius sekali lagi, sangat tak bes dan sangat tak selesa.
Dalam kepala masa tu, hubby..where are u!
Aku dengar handphone vibrate dia call tapi aku tak bole angkat.

“Ada apa-apa yang palsu?” tanya nurse.
“Palsu? Contoh?”sumpah aku tanya sebab tak paham maksud palsu tu.
“Silikon ke, ape ke..”
“Er, contact lense palsu x”
“Palsu. Bukak.”
Er, baik..

Nurse lain datang.
Tanya aku ada breakfast tak?
Aku kata ada, dalam pukul 7am.
Lalu dia mengeluarkan tiub.
“Kita kena masukkan tiub ni sebab puan tak puasa. Kena keluarkan makanan.”
Seriously?
And, setelah dipaksa, lubang hidung kanan, kiri kemudian kanan semula, tak boleh jugak.
Sumpah rasanya sangat SAKIT!!
“Puan, puan kena bagi kerjasama, kita kena keluarkan anak puan cepat”
“Nurse, jangan kata camtu, saya memang tak boleh. Bukan taknak bagi kerjasama”
Airmata yang sebelum tu keluar sebab sakit sekarang keluar sebab aku takutkan anak dalam perut.
Nurse mengalah.

Then, doc India lelaki datang, untuk mintak sign.
“Eh, bukan asben ke yang patut sign?”
“Tak puan, puan sendiri. Kita kena bedah puan segera.”
“Okay,explain to me what’s d risk. Make it short”
“Dalam masalah ni, anak 98% akan selamat tapi ibu TIDAK”
Hah?
“What do u mean by TIDAK?”
“Mungkin kerana tumpah darah or…bla bla bla…”
Doc tu beriya-iya explain, tapi serius aku dah tak dengar suara dia.
Aku hanya nampak muka suami aku.
Suami aku.

I need him, aku nak cium tangan dia mintak ampun kalau-kalau nyawa aku takat ni.
Masa tu aku teringat yang aku pernah bagi surat wasiat kat dia before dis.
Inikah sebabnya Allah gerakkan hati aku untuk bagi surat tu a few months ago?
Masa aku ditolak keluar, aku nampak muka suami.
Yes, its my husband.
My deadly love.
Aku pegang tangan dia tak lepas.
Dia ikut aku ditolak ke OT.
Aku sempat cium tangan mintak ampun.
“Semua akan okay sayang. Jangan risau”muka dia tenang..
Airmata aku meleleh dan terus meleleh.
Sampai pintu OT, aku ditukar ke katil bedah, dan masa tu suami makin jauh dan dah tak nampak lagi lepas tu.

Masuk bilik bedah, aku dengan pandangan kabur (rabunkan, dah takde lense semua) nampak beberapa orang dalam tu.
Serius, bilik tu super sejuk!
Gila sejuk!
Sampai gigi aku terketar-ketar semuanya.
Dahla baju kena selak.
Aku diarahkan duduk dengan merilekskan semua otot yang ada.
Aku nak dibius.
Di pinggang belakang.
Sakitla jugak kan kena cucuk hidup-hidup, tapi still boleh tahan.
2x kna cucuk.
Aku dibius separuh badan.
Tapi tu tak bermakna aku tengok operation tu.
Tidak dan aku pun tidak mahu sama sekali.
Tengok Grey’s Anatomy maen belah-belah pon aku tak sanggup..

Aku dibaringkan dan dipasang tah amende tahla nama nye kat hidung, pastu ada macam wap yang panas..Ah, lega sket. Dah tak sejuk dah.
“Puan,ade rasa kebas kat kaki?tanya doc Cina lelaki pakar bius rase aku.
“Em, ade sikit.”
Dalam seminit dua, aku terasa perut aku diapakan aku pon tak tahu, yang pasti begini lebih kurang rasanya, tas tas tas 3x dari hujung ke hujung perut.
“Argh!!!”sumpah sakit!
“Kenapa puan?Ada rasa sakit?”
“SAKIT!!!!!!!!!!”aku jerit.
Bius belum berfungsi sepenuhnya tadi tapi doc terpaksa bergegas nak keluarkan baby aku.
Aku dipotong hidup-hidup…

Pastu doc tu cakap apetah.
Yang pasti semua tangan-tangan atas perut aku berhenti dalam 2 3 minit kot.
Lepas tu aku dah tak rasa apa-apa lagi, Cuma rasa cam ada orang melukis atas perut.
Dan rasa sangat tak selesa sebab aku rasa perut diselak-selak, digodeh-godeh..

Dalam 10 minit rasanya pastu, aku tahu anak aku dah ditarik keluar.
Ye, Muhammad Faiq Abqari aku dah lihat dunia.
Aku boleh rasa.
Tapi, aku tak dengar sikit pun suara dia.
“Doctor, saya tau anak saya dah keluar. Kenapa saya tak dengar langsung suara dia?”jantung aku macam dah nak pecah sangat masa tu.
Is my baby okay or……
“Sabar ye puan, anak puan ada sedikit masalah tapi dia ada nangis sikit-sikit”
Tipu!
Aku tak pekak!
Aku memang tak dengar!
Dan airmata tumpah lagi..
Hening bilik tu.
Aku hanya dengar bunyi mesin-mesin.

“Ehek, ehek..”beberapa minit lepas tu.
Alhamdulillah!! Itu suara faiq!
Tapi sangat lemah, suara tu sangat kecil dan sangat lemah.
Itu bukan tangisan, tak sama langsung macam video-video beranak yang aku pernah tengok sebelum ni.
Itu hanya suara yang sangat kecil.

“Puan, tengok anak puan, boy ke girl…” nurse membawa Faiq kepadaku sambil menunjukkan bebird nya.
Ye, aku dah tahu Allah kurniakan aku anak lelaki lama dulu.
Sekali imbas je aku sempat pandang mukanya.
Langsung tak dapat sentuh, pegang.
Badannya dibalut kemas.
Anak aku dibawa pergi.
Aku menangis lagi tapi…
Aku tak tahu kenapa masa tu aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Sangat………….

Aku tak tahu berapa lama aku terlelap.
Sedar-sedar aku dah nak dipindahkan ke katil lain sebelum disorong keluar.
Aku nampak kakak yang ada tulis PUASA kat katil dia kat sebelah.
Oh, rupanya aku potong Q.
Patot dia dibedah dulu.

Bila pintu OT dibukak, aku nampak Hubby, Along dan Kak Long.
“Sabar, Along tahu adik Along kuat..”kata Along ambil pegang tangan aku.
Dan suamiku, oh, dia menangis..
Aku juga, aku pegang tangan dia tak nak lepas lagi.
Aku tengok report kat katil tu.
Anak aku 3.49kg.
Lahir pukul 11.55am 30 Disember 2011…

Aku dipindahkan semula ke wad.
“Hubby, mana Faiq. Sayang nak pegang Faiq, nak susukan Faiq..”
“Sayang, anak kita tak berapa sihat. Doc kena buat rawatan lanjut. Tapi jangan risau, Faiq ok”
Airmata dah meleleh-leleh dulu dah sebelum sempat explain apa-apa.
Kenapa? Kenapa?
Tiba-tiba aku rasa loya yang teramat sangat.
Aku muntah.
Sangat banyak dan yang penting, perut aku yang baru kena belah tadi, SANGAT SAKIT bila diteran masa nak muntah tu.
Aku menangis lagi.
Sakit Ya Allah, sangat sakit..
Tu sebenarnya sebab kenapa kena PUASA sebelum operate.
Hari pertama tu, 4x aku muntah.
Allah je tahu betapa sakitnya….
Lepas tu aku rasa ngantuk lagi, aku nak tanya pasal Faiq tapi aku tak sedar bila aku terlelap lepas tu…

Bangun-bangun, Hubby ade kat sebelah.
“Mak dengan Abah dah sampai dari Kluang. Jap gi dorang naik”
Mertuaku datang dengan harapan dapat tengok cucu sulung tapi apekan daya.
Apetah lagi perasaan aku, yang baru je melahirkan tapi anak aku takde disisi.
Rasa kosong…
Semua orang senyap, mungkin tak nak menganggu aku.
Aku cuba ceriakan keadaan dengan bercerita pengalaman dalam OT..

Sebelah petang, Ayah dan Ibu datang.
Sekejap lepas tu, Mak datang..
Oh, ibu bapa saya sudah berpisah tapi mereka masih baik.
Mak datang dengan linangan airmata, terus peluk aku.
“Sakit kan tin..”panggilan aku Atin dalam family. Tanya mak dengan linangan airmata.
Dah tengok mak nangis, aku pon folo nangis..
Dia pernah cesaeran jugak adik bongsu aku jadi dia tahu.
Semua orang kecewa tak dapat tengok baby.

“Hubby, Faiq camne?”tanya aku lepas hubby pegi azankan Faiq.
“Sayang jangan risau, dia okay. Esok jela sayang tengok dia. Sayang rehat je arini”
Nurse pun nasihat esok je aku tengok Faiq.
Aku rasa, hari pertama kena operate, aku macam tak centre.
Laloq la senang cite kesan bius..

……………………………………………………………………………………………………………………….

Ujian Terhebat Dalam Hidup

Aku bangun seawal 4am.
Semangat nak jumpa anak mengatasi segala-galanya.
Pukul 5am doctor dah pusing wat checkup.
“Nurse, bila saya boleh tengok anak saya?” tanya aku pada nurse yang hantar ubat.
“Dalam pukul 8 ke gitu..”
Gilalah, lambatnye lagi..
Aku duduk kat kerusi tak nak baring.
Kenapa?
Sebab, rasa sangat sakit untuk bergerak ke kiri kanan.
Hanya yang pernah alami tahu rasa dia.
Sakit, sangat sakit.
Nak menangis rasa nak ke toilet dan sebagainya.
Aku terlelap lagi sebab makan pain killer.

Tepat pukul 8am, aku jalan keluar tanya nurse dah boleh tengok baby ke belum.
Aku tolak tepi sakit, sengal, pedih, bisa..
“Nak pakai whheelchair?”
“Takpe, saya jalan..”
Aku ditemani nurse.
Jauh rupanya tempat tu..Nyesal tolak whilcha tadi.

NICU.
Neonatal Intensive Care Unit.
NICU?
Faiq dalam ICU?
Bukan teruk ke kalo orang sampai kena masuk ICU?
Penuh soalan dalam kepale aku.
Sumpah aku blur..

Hanya Ibu dibenarkan keluar masuk sesuka hati ke tempat tu.
Bapa waktu melawat sahaja.
Aku jalan pelan-pelan masuk tempat tu, berpaut pada dinding, bau ubat kuat menusuk hidung.
Perasaan aku berbaur-baur bila masuk tempat tu.
Penuh dengan bayi-bayi yang….sakit.
Penuh wayar berselirat sana-sini.
Oh, macam mana anak aku..hati aku mula tak tenang.
Terkial-kial aku carik Faiq.
Jujur aku katakan, aku tak dapat ingat muka dia sebab aku tengok sekali imbas je semalam.
Aku carik nurse, tanya mana anak aku sambil mata meliar carik nama anak aku pada katil-katil baby.
Mata aku ternampak, ‘Nur Fatehatul’Ain’ pada katil sebelah je denagn nurse tu.
“YES, THAT’S MY BABY!!”

Anda tahu, apa perasaan seorang ibu melihat anaknya sakit..
Sakit yang…aku tahu sangat sakit.
Anak aku sangat sakit.
 I can tell dengan wayar penuh berselirat sana sini pada dia
Anak aku!
Tangan halus kecil anak aku dicucuk.
Mulut comel anak aku dimasukkan tiub
Hidung kecik anak aku juga bertiub bersambung dengan bantuan oksigen..
Anak aku tak berbaju cuma berpampers.
Kering sekali kulitnya sebab ada alat pemanas atas badannya.
Berselirat wayar atas dadanya.



Lebih kurang ginila keadaan Faiq masa tu
Aku memang takde amek gamba mase die teruk bermesin
Aku tak sanggup....
Bayangkan hati aku melihat semua tu?
Hati aku bagai dicarik-carik
Lebih sakit dari segala-galanya
Perasaan sakit yang paling sakit seumur hidup yang pernah aku rasa.
Airmata?
Sentiasa..
Sakit Ya Allah!!

Baru 5 minit aku tengok muka dia, tiba-tiba dia muntah..
Muntah lendir.
“Nurse, nurse kenapa anak saya!”Cepat-cepat aku panggil nurse.
Dengan tenang, nurse tu menjolok satu lagi tiub dalam mulut anak aku.
Bayangkan tekak anda dirodok? Sakit?
Dia menangis, dia muntah lebih banyak.
Masa tu, aku dah tak sanggup lagi tengok semua tu
Aku berjalan keluar, aku call hubby, aku menangis.
Aku meraung!
Aku tak peduli semua mata pandang aku.
“Kenapa hubby tak bagitau Faiq macam tu hubby, kenapa??!!”
Aku rasa tak mampu berdiri.
Aku sandarkan badan pada dinding.
Semua sakit bercampur baur.
“Sebab hubby tak sampai hati…Sayang sakit, anak sakit. Hubby sendiri tak tahu nak hadapi semua ni macam mana sayang..Hubby tak nak sayang susah hati. Nanti sayang lagi sakit..”
Aku tak mampu bercakap ape pun pastu.
Aku hanya nangis, nangis dan nangis…
Aku dah tak nampak orang sekeliling..
Anak aku..
Anak aku..
Anak aku..
Kenapa Ya Allah, kenapa dia yang tak berdosa.
Kenapa bukan aku.

Aku menangis lagi.
Setiap kali teringat aku akan menangis.
Serius, inila sakit yang tersakit pernah aku rasa dalam seumur hidup aku.
Anak aku dah termakan banyak najis dia dalam perut.
Meconium Aspiration Syndrom.
Itula sakitnya…..
Dada dia kembung masa dilahirkan.
Dia duduk NICU tu seminggu untuk diberi antibiotik.
Banyak hikmahnya Allah uji aku camni
Melahirkan dia mungkin ada sedikit cabaran, tapi membesarkan dia teramatlah senang setakat ni. Alhamdulillah...
Faiq anak yang sangat baik, nak dengar nangis sangatlah susah.
Mak kate dia dah penat menangis masa sakit dulu.
Pegi injek imunisasi tiap-tiap bulan pun serius dia tak pernah nangis.
Mak kate sebab dia dah penah rasa sakit yang lebih sakit dari tu.
Terima kasih atas ujian ni Ya Allah...
Ada masa aku cerita seminggu kat NICU tu macam mana…