Thursday, April 19, 2012

Pengalaman Bersalin (Edisi 2) - False Labor

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera...


Entry lepas dah cite 1st time pegi sepital..
Kalini nak cite my next visit to the same place.
Tapi dengan kes yang berbeza.


18 Disember 2011,hari Jumaat.
Masa tu kandungan dah berusia 33 minggu.
Dekat opis masa tu, rasa sakit lepas solat asar.
Sakit yang sangat sakit.
Tak pernah rasa sakit camtu..
Aku terus call mak tanya sakit nak beranak tu camne eh mak..
Lepas dah pasti camne camni sakitnya, mak kata pegi sepital.
Aku pun call hubby inform.
Aku dah tak drive sejak nak masuk 8 bulan kot..
Masa tu sakit tu jarang-jarang kadang-kadang.
Tapi, dah name nye pon kebluran, kami redah gak ke sepital.


Masa sampai tu, macam biasa, dah ada pengalamankan.
Jadi dengan tak malu-malu kami terus ke tempat nak dituju.
Bilik saringan, again..


Masa sampai ke floor 2 HSI, bilik saringan agak meriah.
Wah, ramai gitu orang nak bersalin rini ye..
Nurse kat kaunter daftar tanye, ape sign?
"Contraction"jawab aku kondifen.


Masuk je bilik saringan, aku trpikir, dilanggar todak kah tempat ini?
Tak sama cam last time aku datang, lengang.
Arini kemainla meriah...
Aku ditempatkan kat katil ujung sekali.
Macam-macam kerenah dan masalah aku dengar, tanpa dapat pandangla kan sebab tertutup dengan langsir semuanya.
"Puan, kandungan puan kandungan anggur?"
Apekah keangguran yang aku dengar?
Lalu aku membuat sedikit study mase 2.
Bolehla rujuk website ini dan bahayanya di sini
Dalam tu aku dengar jugak,
"Puan harus dioperasi segera"
Ow,Indonesia rupanya kakak tu.
Rahim dia kenapa tah, dah lupa..
Yang pasti kena buang.
................sedihnya.


Tiba-tiba sorang doc lelaki melayu jengah kat celah-celah langsir masa aku tengah berangan-berangan pandang siling bilik yang sejuk cam peti ais tuh.
"Puan dah cek?"
"Belum.."
"Kejap ye.."
Aku pun tunggu dengan sabar, rilex je sebab perut tak sakit pulak masa tu.
Tadi beriya-iya sakitnya..
Tapi dalam masa yang sama berdoa, nak doc pempuan, nak doc pempuan...


Dalam 10 minit pastu, ade sorang doc pempaun selak langsir..
Alhamdulillah, dorang baru tukar shift.
Yeeehoo, kurang sikit kemaluan aku.
"Akak kenape ye.."
"Saya rasa contraction,tapi tak regular. Tadi kuat, sekarang tak pulak.."
Doc yang chumil tu pun tekan-tekan perut (sakitla jugak)
"Macam takde contraction. Takpe, kita pasang mesin CTG ye kak.."
Tapi sebelum tu...
Doc seluk, er dalam erti kata memasukkan jari untuk cek laluan or bukaan pintu rahim.
"Mintak maaf ye puan, ni akan sakit sikit"
Allahuakbar..serius sakit. Bukan sakit sikit.
Saya punya reaction terkejut sebab sakit dia tu, sampai doc tu ikot terkejut sekali.
"Tarik nafas puan kalau rasa sakit"
Dan tarik nafas tu tak membantu pun..


Lepas diseluk, baru minda saya ter set bahawa beranak akan beribu kali ganda lebih sakit dari setakat diseluk oleh 2 jari sebab yang akan keluar adalah kepala..yang comel.
Lepas tu baru pasang mesin CTG.
Lalu berseliratlah benda tu atas perut


Camnila aku lebih kurang waktu tu.
Yang pasti aku lebih cumil dari model di atas.
Ahahah

Yang kertas putih terjuntai tu reportnya.
Report aku, ada contraction tapi irregular.
Lalu doctor menyifatkan kes ni sebagai false labor.
Baby acah-acah je.
Boleh??
Hadoi, bergurau ye anak mama..


Aku dibenarkan keluar dengan pantauan.
Masa tu estimate fetal weight id 2.2kg-2.4kg
Baru 33 minggu tu,ada lagi 7 minggu.
Berapa besar dia boleh pegi?
Allah je tau masa tu..


Kami pun pulang dengan gembira...
Maybe ni kes terlalu aktif last week masa wedding Angah pada 11.11.11...


Pada hari wedding Angah.
Tentang kerete kiri kanan tu, adik sepupu saya dia skuad perodua era selatan.

Akan ada lagi dua entry pasal bersalin..
Tabahla ye..

2 comments: