Assalamualaikum WBT..
Sampai kita
akhirnya ke edisi bersalin yang betul-betul bersalin.(Apakah bahasaku ini..)
Diingatkan
bahawasanya edisi kali ini akan panjang dan berbaur serius serta penuh linangan
airmata.
Bagi
penulisnya la..
Sebab
sesungguhnya trauma tu masih dan..akan sentiasa terpahat kukuh dalam ingatan
ni.
Kerana
pengalaman ni rasanya adalah perkara terburuk pernah terjadi dan ujian yang
paling getir untuk saya hadapi seumur hidup saya.
Cam tak bes
je saya maya..
Tukar aku.
Baru cam
real sikit bunyik dia kan..(kerana edisi ini edisi real dan serius)
Kontraksi semakin kuat dan dekat-dekat
Masa tu 29hb Disember 2011, hari Khamis.
Dek kerana dah biasa dengan kontraksi main-main, setakat
kena jerkah sekali sekala tu dah biasa sangat dah.(Tapi suka aku ingatkan,
kontraksi itu adalah sakit ya)
Masa tu pukul 1.30 pagi, aku terjaga sebab terasa sakit.
Sakit yang..sakitla kan.
Cam biasa tabiat aku pagi-pagi buta pi peepee.
Ada darah.
“Ah, da seminggu pun berdarah…”rilek lagi..
Darah seketul padahal tuh.
Panjat katil semula sambil sengaja senggol-senggol hubby
(saje biar tido dia terganggu supaya dia sedar apa yang berlaku)
Aku tengok jam untuk monitor berapa kerap sakit ni.
Setengah jam, setengah jam, 20 minit…
“Hubby, sayang sakit. Konsisten jeni setengah jam setengah
jam”adu aku kejut hubby.
“Jom sepital”skrip yang dah biasa aku dengar sejak beberapa
minggu lepas.
“Nantila dulu..”aku berlengah.
Sebab memang pon appointment arini..
Sampai masa tu dah subuh, aku menahan sakit.
Aku kejut hubby pas dah decide yang aku akan pegi sepital
pas solat subuh, lebih awal sket.
Walaupun ada bleeding, tapi pas dah bersihkan, aku solat
gak..
15 minit, 10 minit..
Okay,kalini serius sangat sakit.
Sakit dia camne nak kata eh..
Cam pedih, kena pulas pinggang, cam nak berak..
Semua adala.
Tapi still boleh tahanla sakit tu (tak sengaja pulak
tertakutkan kawan-kawan yang belum
pernah beranak, hikhik)
Pas dah siap-siap pakai kain batik sekali la senang.
Aku turun bawah, dengan niat nak makan.
Kang takde tenaga plak nak mengepush, pikir aku.
Barang-barang memang tak masalah sebab memang dah berbulan
ready dalam keta tuh.
Jengah-jengah dapur, ada nasik putih je, semalam punya.
Aku dengan lincah kaduknya menggoreng telur mata kobau
sebijik.
Untuk aku je, mase tu tak pikir pon asben tu pon tak
breakfast lagi.
Cis punya isteri.
Tapi nak beranakkan? Dimaafkan kan?
Makan dengan kicap.
Comel tak?
Aku teringat kata doktor, ada orang tu beranak sampai
muntah-muntah.
Dia nasihatkan aku jangan makan benda pedas dan berempah in
case la kan aku termuntah.
Kan perit tekak kalau keluar benda pedas.
Sebelum keluar sambar kurma 2 bijik.
Masa tu dah pukul 7am.
Dalam hati kami suami isteri doa janganla highway Pasir
Gudang jam.
Peak hour, semua orang keluar kije.
Alhamdulillah, jalan clear.
Sambil jalan-jalan, call semua orang yang patut.
Mak, Ayah, Along..
Sambil baca La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu
Minazzalimin
And Selawat, and semuala yang terlintas kat kepala.
Hubby senyap.
“Hubby, sayang nak beranak jela, bukan nak pi mati..”aku
berusaha mengecoolkan keadaan.
Ternyata usahaku tidak membuahkan hasil.
Ahahahahah, kena marah sebab kata gitu..
Dalam hati aku sambung skrip tadi, andaila Allah tak ambik
nyawa aku kan.
Taknak kasik dia dengar.
Jalan ke HSI tu tak rasa panjang pun.
Sampai emergency entrance, terus pegi tempat sepatutnya tanpa
segan silu sebab dah 4 kali kan datang, tidak blur.
“Puan nak wheelchair”tanya atendan kat situ sopan.
“Takpe-takpe, saya taknak whilca, boleh jalan”
Daftar, nurse tanya apa sign?
Aku pun menceritakan dengan begitu lancar.
Terus masuk, tunggu dalam 5 minit, panjat katil, doktor
cek..
“Camna puan?”
Camna apa?nak ajak ko pi breakfast ke?
Ternyata bukan tu yang keluar dari mulut aku.
“Kontraksi dah 10 min 10 min”
“Baby gerak okay?”
Er, sumpah aku lupa monitor pergerakan baby sebab dah sakit,
dah tak rasa sangat.
Dan episod duka pon datang, kena seluk.
Serius.
Tidak suka.
Sakit!
“Puan,tarik nafas kalau sakit”
Rasanya tak membantu pun tarik nafas tu…sigh~
“Bukaan 2cm”
Hah, 2 cm je! Yang dari malam tadi aku sakit baru 0.5cm je
geraknya?
Lalu mesin CTG dipasang.
Dalam tak sampai setengah jam.
Heartbeat baby okay, 120, 140, 150..aku tengok sendiri.
“Kontraksi awak kuat, kita pegang awak.”
Itu bermaksud aku warded.
Aku ke tolilet, tuka uniform pink.
Comel je pinky...dengan slipa croc putih.
Jalan-jalan pegi ward.
Em, ade 2 orang dalam ward tu. (saya dok ward 2nd
class)
Sorang baring-baring, sorang ada doktor dengan dia.
Ada kad tulis PUASA atas katil dia.
Aku langsung tak tau kenapa dia puasa.
Takkan nak tanya plak kan.
Aku baring, hubby kemas-kemas barang..
“Suami tak dibenarkan tunggu kat katil ye puan. Datang waktu
melawat”
Sekali lagi,tak gembira..
Aku suruh hubby balik sebab masa tu dalam pukul 10am.
Lambat lagi pukul 12.30pm waktu melawat.
Sedih…nak hubby.
Nurse datang pasang mesin CTG.
Nurse belah je, aku pun lincah kaduk membuka FB via
handphone buruk.
Amik gambar siling ward melaporkan dat I’ve been warded.
Sambil aku perati figure kat mesin CTG tu.
Tak sampai 10 minit pastu episod ngeri pun datang…
150, 120, 90, 70, 0 pada heartbeat baby.
Tet……………………………………………..
Mesin tu keluarkan bunyi.
Er, mesin ni rosak ke, tanya aku dalam hati.
Nurse berlari-lari masuk.
Melihatkan muka nurse, aku tahu something yang tak best dah
berlaku.
Doktor pon berlari-lari.
Seramai 3 doktor.
Bila aku nampak dia pakai glove, aku tahu aku bakal diseluk
lagi.
Doktor lelaki, Indian.
Rasa-rasa dan membuat muka hairan.
Doktor Cina lelaki.
Rasa-rasa dan juga membuat muka kompius.
Masa tu aku buat keputusan text hubby suruh datang segera,
urgent!
Nak call takleh, cam tak hormat plak kat doc-doc tengah buat
kije.
Then aku rasa dia head doc, pempuan cina, again diseluk.
Masa ni aku dah pasrah dah, sebab aku tahu anak aku dalam
bahaya.
Seluk-seluk tapi dia explain something yang bahasa nya aku
tak paham, bahasa medic.
Dorang masih tak dapat jawapan pasti lalu doc pakar
dipanggil.
Doc pempuan melayu. Again, diseluk..
Then dia amik sample air ketuban.
Masa tu aku tahu, anak aku dah berak.
Untuk info, najis pertama tu adalah sangat merbahaya.
“Send her to OT, now!”
OT adalah operation theater.
Dalam tak sampai 5 minit je aku diligan oleh semua orang.
Tangan kanan sorang nurse.
Tangan kiri sorang nurse.
Pasang tiub-tiub, cucuk masuk air.
Doc lelaki cina tu, pasang tiub air kencing.
Serius sekali lagi, sangat tak bes dan sangat tak selesa.
Dalam kepala masa tu, hubby..where are u!
Aku dengar handphone vibrate dia call tapi aku tak bole
angkat.
“Ada apa-apa yang palsu?” tanya nurse.
“Palsu? Contoh?”sumpah aku tanya sebab tak paham maksud
palsu tu.
“Silikon ke, ape ke..”
“Er, contact lense palsu x”
“Palsu. Bukak.”
Er, baik..
Nurse lain datang.
Tanya aku ada breakfast tak?
Aku kata ada, dalam pukul 7am.
Lalu dia mengeluarkan tiub.
“Kita kena masukkan tiub ni sebab puan tak puasa. Kena keluarkan
makanan.”
Seriously?
And, setelah dipaksa, lubang hidung kanan, kiri kemudian
kanan semula, tak boleh jugak.
Sumpah rasanya sangat SAKIT!!
“Puan, puan kena bagi kerjasama, kita kena keluarkan anak
puan cepat”
“Nurse, jangan kata camtu, saya memang tak boleh. Bukan
taknak bagi kerjasama”
Airmata yang sebelum tu keluar sebab sakit sekarang keluar
sebab aku takutkan anak dalam perut.
Nurse mengalah.
Then, doc India lelaki datang, untuk mintak sign.
“Eh, bukan asben ke yang patut sign?”
“Tak puan, puan sendiri. Kita kena bedah puan segera.”
“Okay,explain to me what’s d risk. Make it short”
“Dalam masalah ni, anak 98% akan selamat tapi ibu TIDAK”
Hah?
“What do u mean by TIDAK?”
“Mungkin kerana tumpah darah or…bla bla bla…”
Doc tu beriya-iya explain, tapi serius aku dah tak dengar
suara dia.
Aku hanya nampak muka suami aku.
Suami aku.
I need him, aku nak cium tangan dia mintak ampun kalau-kalau
nyawa aku takat ni.
Masa tu aku teringat yang aku pernah bagi surat wasiat kat
dia before dis.
Inikah sebabnya Allah gerakkan hati aku untuk bagi surat tu
a few months ago?
Masa aku ditolak keluar, aku nampak muka suami.
Yes, its my husband.
My deadly love.
Aku pegang tangan dia tak lepas.
Dia ikut aku ditolak ke OT.
Aku sempat cium tangan mintak ampun.
“Semua akan okay sayang. Jangan risau”muka dia tenang..
Airmata aku meleleh dan terus meleleh.
Sampai pintu OT, aku ditukar ke katil bedah, dan masa tu
suami makin jauh dan dah tak nampak lagi lepas tu.
Masuk bilik bedah, aku dengan pandangan kabur (rabunkan, dah
takde lense semua) nampak beberapa orang dalam tu.
Serius, bilik tu super sejuk!
Gila sejuk!
Sampai gigi aku terketar-ketar semuanya.
Dahla baju kena selak.
Aku diarahkan duduk dengan merilekskan semua otot yang ada.
Aku nak dibius.
Di pinggang belakang.
Sakitla jugak kan kena cucuk hidup-hidup, tapi still boleh
tahan.
2x kna cucuk.
Aku dibius separuh badan.
Tapi tu tak bermakna aku tengok operation tu.
Tidak dan aku pun tidak mahu sama sekali.
Tengok Grey’s Anatomy maen belah-belah pon aku tak sanggup..
Aku dibaringkan dan dipasang tah amende tahla nama nye kat
hidung, pastu ada macam wap yang panas..Ah, lega sket. Dah tak sejuk dah.
“Puan,ade rasa kebas kat kaki?tanya doc Cina lelaki pakar
bius rase aku.
“Em, ade sikit.”
Dalam seminit dua, aku terasa perut aku diapakan aku pon tak
tahu, yang pasti begini lebih kurang rasanya, tas tas tas 3x dari hujung ke
hujung perut.
“Argh!!!”sumpah sakit!
“Kenapa puan?Ada rasa sakit?”
“SAKIT!!!!!!!!!!”aku jerit.
Bius belum berfungsi sepenuhnya tadi tapi doc terpaksa bergegas
nak keluarkan baby aku.
Aku dipotong hidup-hidup…
Pastu doc tu cakap apetah.
Yang pasti semua tangan-tangan atas perut aku berhenti dalam
2 3 minit kot.
Lepas tu aku dah tak rasa apa-apa lagi, Cuma rasa cam ada
orang melukis atas perut.
Dan rasa sangat tak selesa sebab aku rasa perut
diselak-selak, digodeh-godeh..
Dalam 10 minit rasanya pastu, aku tahu anak aku dah ditarik
keluar.
Ye, Muhammad Faiq Abqari aku dah lihat dunia.
Aku boleh rasa.
Tapi, aku tak dengar sikit pun suara dia.
“Doctor, saya tau anak saya dah keluar. Kenapa saya tak
dengar langsung suara dia?”jantung aku macam dah nak pecah sangat masa tu.
Is my baby okay or……
“Sabar ye puan, anak puan ada sedikit masalah tapi dia ada
nangis sikit-sikit”
Tipu!
Tipu!
Aku tak pekak!
Aku memang tak dengar!
Dan airmata tumpah lagi..
Hening bilik tu.
Aku hanya dengar bunyi mesin-mesin.
“Ehek, ehek..”beberapa minit lepas tu.
Alhamdulillah!! Itu suara faiq!
Tapi sangat lemah, suara tu sangat kecil dan sangat lemah.
Itu bukan tangisan, tak sama langsung macam video-video
beranak yang aku pernah tengok sebelum ni.
Itu hanya suara yang sangat kecil.
“Puan, tengok anak puan, boy ke girl…” nurse membawa Faiq
kepadaku sambil menunjukkan bebird nya.
Ye, aku dah tahu Allah kurniakan aku anak lelaki lama dulu.
Sekali imbas je aku sempat pandang mukanya.
Langsung tak dapat sentuh, pegang.
Badannya dibalut kemas.
Anak aku dibawa pergi.
Aku menangis lagi tapi…
Aku tak tahu kenapa masa tu aku rasa mengantuk yang teramat
sangat. Sangat………….
Aku tak tahu berapa lama aku terlelap.
Sedar-sedar aku dah nak dipindahkan ke katil lain sebelum
disorong keluar.
Aku nampak kakak yang ada tulis PUASA kat katil dia kat
sebelah.
Oh, rupanya aku potong Q.
Patot dia dibedah dulu.
Bila pintu OT dibukak, aku nampak Hubby, Along dan Kak Long.
“Sabar, Along tahu adik Along kuat..”kata Along ambil pegang
tangan aku.
Dan suamiku, oh, dia menangis..
Aku juga, aku pegang tangan dia tak nak lepas lagi.
Aku tengok report kat katil tu.
Anak aku 3.49kg.
Lahir pukul 11.55am 30 Disember 2011…
Aku dipindahkan semula ke wad.
“Hubby, mana Faiq. Sayang nak pegang Faiq, nak susukan
Faiq..”
“Sayang, anak kita tak berapa sihat. Doc kena buat rawatan
lanjut. Tapi jangan risau, Faiq ok”
Airmata dah meleleh-leleh dulu dah sebelum sempat explain
apa-apa.
Kenapa? Kenapa?
Tiba-tiba aku rasa loya yang teramat sangat.
Aku muntah.
Sangat banyak dan yang penting, perut aku yang baru kena
belah tadi, SANGAT SAKIT bila diteran masa nak muntah tu.
Aku menangis lagi.
Sakit Ya Allah, sangat sakit..
Tu sebenarnya sebab kenapa kena PUASA sebelum operate.
Hari pertama tu, 4x aku muntah.
Allah je tahu betapa sakitnya….
Lepas tu aku rasa ngantuk lagi, aku nak tanya pasal Faiq tapi
aku tak sedar bila aku terlelap lepas tu…
Bangun-bangun, Hubby ade kat sebelah.
“Mak dengan Abah dah sampai dari Kluang. Jap gi dorang naik”
Mertuaku datang dengan harapan dapat tengok cucu sulung tapi
apekan daya.
Apetah lagi perasaan aku, yang baru je melahirkan tapi anak
aku takde disisi.
Rasa kosong…
Semua orang senyap, mungkin tak nak menganggu aku.
Aku cuba ceriakan keadaan dengan bercerita pengalaman dalam
OT..
Sebelah petang, Ayah dan Ibu datang.
Sekejap lepas tu, Mak datang..
Oh, ibu bapa saya sudah berpisah tapi mereka masih baik.
Mak datang dengan linangan airmata, terus peluk aku.
“Sakit kan tin..”panggilan aku Atin dalam family. Tanya mak
dengan linangan airmata.
Dah tengok mak nangis, aku pon folo nangis..
Dia pernah cesaeran jugak adik bongsu aku jadi dia tahu.
Semua orang kecewa tak dapat tengok baby.
“Hubby, Faiq camne?”tanya aku lepas hubby pegi azankan Faiq.
“Sayang jangan risau, dia okay. Esok jela sayang tengok dia.
Sayang rehat je arini”
Nurse pun nasihat esok je aku tengok Faiq.
Aku rasa, hari pertama kena operate, aku macam tak centre.
Laloq la senang cite kesan bius..
……………………………………………………………………………………………………………………….
Ujian
Terhebat Dalam Hidup
Aku bangun seawal 4am.
Semangat nak jumpa anak mengatasi segala-galanya.
Pukul 5am doctor dah pusing wat checkup.
“Nurse, bila saya boleh tengok anak saya?” tanya aku pada
nurse yang hantar ubat.
“Dalam pukul 8 ke gitu..”
Gilalah, lambatnye lagi..
Aku duduk kat kerusi tak nak baring.
Kenapa?
Sebab, rasa sangat sakit untuk bergerak ke kiri kanan.
Sebab, rasa sangat sakit untuk bergerak ke kiri kanan.
Hanya yang pernah alami tahu rasa dia.
Sakit, sangat sakit.
Nak menangis rasa nak ke toilet dan sebagainya.
Aku terlelap lagi sebab makan pain killer.
Tepat pukul 8am, aku jalan keluar tanya nurse dah boleh
tengok baby ke belum.
Aku tolak tepi sakit, sengal, pedih, bisa..
“Nak pakai whheelchair?”
“Takpe, saya jalan..”
Aku ditemani nurse.
Jauh rupanya tempat tu..Nyesal tolak whilcha tadi.
NICU.
Neonatal Intensive Care Unit.
NICU?
Faiq dalam ICU?
Faiq dalam ICU?
Bukan teruk ke kalo orang sampai kena masuk ICU?
Penuh soalan dalam kepale aku.
Sumpah aku blur..
Hanya Ibu dibenarkan keluar masuk sesuka hati ke tempat tu.
Bapa waktu melawat sahaja.
Aku jalan pelan-pelan masuk tempat tu, berpaut pada dinding,
bau ubat kuat menusuk hidung.
Perasaan aku berbaur-baur bila masuk tempat tu.
Penuh dengan bayi-bayi yang….sakit.
Penuh wayar berselirat sana-sini.
Oh, macam mana anak aku..hati aku mula tak tenang.
Terkial-kial aku carik Faiq.
Jujur aku katakan, aku tak dapat ingat muka dia sebab aku
tengok sekali imbas je semalam.
Aku carik nurse, tanya mana anak aku sambil mata meliar
carik nama anak aku pada katil-katil baby.
Mata aku ternampak, ‘Nur Fatehatul’Ain’ pada katil sebelah
je denagn nurse tu.
“YES, THAT’S MY BABY!!”
Anda tahu, apa perasaan seorang ibu melihat anaknya sakit..
Sakit yang…aku tahu sangat sakit.
Anak aku sangat sakit.
I can tell dengan wayar
penuh berselirat sana sini pada dia
Anak aku!
Tangan halus kecil anak aku dicucuk.
Mulut comel anak aku dimasukkan tiub
Hidung kecik anak aku juga bertiub bersambung dengan bantuan
oksigen..
Anak aku tak berbaju cuma berpampers.
Kering sekali kulitnya sebab ada alat pemanas atas badannya.
Berselirat wayar atas dadanya.
Lebih kurang ginila keadaan Faiq masa tu Aku memang takde amek gamba mase die teruk bermesin Aku tak sanggup.... |
Bayangkan hati aku melihat semua tu?
Hati aku bagai dicarik-carik
Lebih sakit dari segala-galanya
Perasaan sakit yang paling sakit seumur hidup yang pernah
aku rasa.
Airmata?
Sentiasa..
Sakit Ya Allah!!
Baru 5 minit aku tengok muka dia, tiba-tiba dia muntah..
Muntah lendir.
“Nurse, nurse kenapa anak saya!”Cepat-cepat aku panggil
nurse.
Dengan tenang, nurse tu menjolok satu lagi tiub dalam mulut
anak aku.
Bayangkan tekak anda dirodok? Sakit?
Dia menangis, dia muntah lebih banyak.
Masa tu, aku dah tak sanggup lagi tengok semua tu
Aku berjalan keluar, aku call hubby, aku menangis.
Aku meraung!
Aku tak peduli semua mata pandang aku.
“Kenapa hubby tak bagitau Faiq macam tu hubby, kenapa??!!”
Aku rasa tak mampu berdiri.
Aku sandarkan badan pada dinding.
Aku sandarkan badan pada dinding.
Semua sakit bercampur baur.
“Sebab hubby tak sampai hati…Sayang sakit, anak sakit. Hubby
sendiri tak tahu nak hadapi semua ni macam mana sayang..Hubby tak nak sayang
susah hati. Nanti sayang lagi sakit..”
Aku tak mampu bercakap ape pun pastu.
Aku hanya nangis, nangis dan nangis…
Aku dah tak nampak orang sekeliling..
Anak aku..
Anak aku..
Anak aku..
Kenapa Ya Allah, kenapa dia yang tak berdosa.
Kenapa bukan aku.
Aku menangis
lagi.
Setiap kali
teringat aku akan menangis.
Serius,
inila sakit yang tersakit pernah aku rasa dalam seumur hidup aku.
Anak aku dah
termakan banyak najis dia dalam perut.
Meconium
Aspiration Syndrom.
Itula
sakitnya…..
Dada dia
kembung masa dilahirkan.
Dia duduk
NICU tu seminggu untuk diberi antibiotik.
Banyak hikmahnya Allah uji aku camni
Melahirkan dia mungkin ada sedikit cabaran, tapi membesarkan dia teramatlah senang setakat ni. Alhamdulillah...
Faiq anak yang sangat baik, nak dengar nangis sangatlah susah.
Mak kate dia dah penat menangis masa sakit dulu.
Pegi injek imunisasi tiap-tiap bulan pun serius dia tak pernah nangis.
Mak kate sebab dia dah penah rasa sakit yang lebih sakit dari tu.
Terima kasih atas ujian ni Ya Allah...
Ada masa aku
cerita seminggu kat NICU tu macam mana…
ain,serius aku baca dengan linangan airmata,tak sangka sebenarnya ujian yg hebat kau alami masa nak lahirkan Faiq.tapi syukur la ade hikmahnya..aku doakan sume yg terbaik utk kau dan keluarga..amin ;)
ReplyDeletekan?sedih kan?
Deletesebenarnya aku ade je mase nak nulis mase dlm pantang tu tapi tahla...aku mcm x boleh nak share kesengsaraan faiq..ni baru aku rasa aku oke utk share..thanx pi, semoga kau tak perlu lalui semua yg aku lalui ni..
pergh...
ReplyDeleteterasa besar sungguh pengorbanan seorg ibu..
betul tu id.
Deletesejak pas beranak tu, asal aku tgk muka mak aku je aku nangis..
masa sepanjang faiq sakit tula
teringat semua dosa kat mak
sedihnya kak... T_T
ReplyDeletetak sangka akak hadapi ujian berat masa lahirkan tu.. ima ingat semuanya ok je. sedih.! bersyukur Allah masih beri peluang akak bernyawa dan tengok beby Faiq.
bersyukur masih dapat baca status2 akak di fb dan blog. sayang akak.. T_T
its not akak ima, its faiq.
ReplyDeleteDia yg trauma lebih, sakit lebih.
Sakit akak tu ciput je banding dia.
syg awk jugak..
besar hikmah semua ni ima.
Tah, rasanya akak jadik lebih lembut hati lpas beranak..
sedih kak...
ReplyDeletekesian kt faiq... ksian kt akk jgk...
berat ujian akk kn... lg2 masa tgk faiq sakit 2...
alhamdulillah skrng sume dh ok...
smoga faiq jd ank yg soleh n dpt mmbnggakan org tua dia bila bsr nnt... amin...
amin..
Deletemmg berat.
akak pas operate kena msuk antibiotik pon ggil2 tgn sakit,awk bygkan tgn kecik die kena camne..