Wednesday, April 18, 2012

Pengalaman Bersalin (Edisi 1) - Jatuh Tangga

Assalamualaikum WBT..


Wah,pakai edisi segala nak share pengalaman bersalin..
Maklumla, panjang pengalamannya...
Setelah sekian lama, (anak dah nak masuk 4 bulan dah pun), baru nila saya ringan jejari dombot-dombot nak cerita pengalaman bersalin pada yang berminat nak tahu..


Edisi ni akan menceritakan semua kekalutan kekompiusan sepasang suami isteri yang bakal menyambut anak sulung.
Penuh kebluran...


Setiap wanita ada bahagian masing-masing yang dijanjikan Allah apabila sentuh bab mengandung bersalin ni.
Seperti saya, saya ditakdirkan mengalami proses melahirkan anak yang agak panjang dan sedikit mencabar.
Saya mengalami proses kontraksi yang sedikit-sedikit tapi panjang..
Tu belum cerita kes jatuh tangganya.
Boleh dikatakan 3 kali saya keluar masuk bilik saringan sepanjang mengandung.
Hik2..




Ke Bilik Saringan (Part 1)


Saya dijangkakan (EDD) bersalin adalah pada 24 Disember 2011.
Namun, pada satu hari yang sunyi...
Sebenarnya tak berapa nak sunyilah kan sebab hari tu adalah Hari Raya Haji, 6 November 2011.
kami suami isteri plan untuk balik kampung after solat raya.
Lepas hubby bersiap-siap mandi- manda, pakai baju melayu emsem-emsem, dia pon pegila ke semejid (belakang rumah je pon) meninggalkan saya yang sememangnya bergerak perlahan sebab sedang lebih muatan terkedek-kedek menyiapkan diri.
"Hubby semayang bapa lama?"
"kejap je..Setengah jam kot"


Lepas mandi mangi-mangi, siap-siap yang serupa tak siap sebab masa pregnant tersangatlah malas nak mencantikkan muka atau bahasa mudahnya mekap.
Ini kerana muka saya mengalami perubahan hampir 50% sampai kawan berselisih pun tak kenal.




Lepas bersiap-siap, saya pun dengan gembira turun tangga..
Tiba-tiba...superman!
Saya tersungkur jatuh 3 anak tangga!


Automatik masa tu airmata berjurai-jurai
Walaupun rasa sakit menyengat-nyengat, sumpah tak fikir diri sendiri masa tu.
Fikir anak dalam perut
Is he okay?
Or not?
Saya try nak bangun tapi terjelepuk semula
kaki saya terseliuh!
Maybe sebab masa jatuh tu saya tampung perut dengan lengan dan kaki untuk minimisekan hentakan pada perut.
Bayangkanlah berat badan masa ngandung...
Dalam otak hanya ingat suami, suami, suami.
I need my husband!
Dah tak boleh bangun, saya saya mengesot heret badan dengan menangis semahu-mahunya.
Dapat capai handphone saya terus call hubby, tak peduli la tengah solat ke yang penting nyawa dalam perut ni!


"I want your love and i want you revenge..."
Bunyi dalam rumah.
Maksudnya?
Yes, he left his handphone at home.
Anda rasa apa saya buat lepas tu?
Call mak?
Call Ayah?
Along maybe?



Nop.
Saya mengheret badan sedaya upaya untuk duduk atas sofa and just sat there and cried, outloud!
Saya tak tahu kenapa saya tak call sapa-sapa.
Memandang kosong handphone di tangan.
Dan berharap suami akan ketuk pintu dengan kadar segera.
Hanya nak suami masa tu.
Saya berharap dia pulang dalam masa setengah jam seperti dijanjikan tadi..


10 minit,
20 minit,
30 minit...


Dan hanya 45 minit lepas tu baru saya dengar bunyi tapak kaki die balik.
Pintu di buka dan saya yang dah keletihan menangis bila nampak muka siamu berkata
"Hubby, sayang jatuh tangga.."


Apakah respon suami?

Dia menangis lebih kuat dari saya.
Ya, suami saya memiliki hati yang sangat lembut tak padan dengan mukanya.
"Patutla hubby rasa tak sedap hati masa sembahyang.."
Dan dia mencium dan memeluk saya sekuat hati meminta maaf sebab tak bawa handphone
Juga kepada anaknya dengan juraian airmata.
"Perut sakit tak yang?"
"Tak,tak sakit.."
"aby gerak tak?"
"Macam tak.."


Kami pun siap-siap pegi hospital.
Hospital Sultan Ismail.


Masa sampai emergency entrance, saya terus dikejarkan ke bilik saringan sebab kandungan lebih 32 minggu bukan lagi kes bahagian emergency.


Sampai-sampai bilik saringan tuh, daftar terus baring atas katil.
Dilayan oleh nurse yang baik sambil borak-borak apa dah jadi.
(Dalam hati bagusnya nurse ni cuti-cuti pun masih bekerja dengan hati riang gembira)


Beberapa minit pastu doktor datang.
Tekan-tekan perut sikit and pasang mesin CTG.
Buat yang tak tahu, mesin tu trace heartbeat baby and contraction.
Pergerakan baby sangat tak memberangsangkan padahal before kejadian he's very active.
Tapi,Alhamdulillah heartbeat dia okay.
Sebenarnya tengah nebes takut kena seluk sebab dari pembacaan kena seluk adalah tidak best.


Alhamdulillah sebab contraction takde, saya selamat.
Phew, serius segala..
Doktor kata, baby terkejut sebab tu dia jadi pasif but he's okay.
Alhamdulillah..


Bila keluar je hubby dengan muka saspen,
"Camne yang.."
"Okay je, semua okay.."
"Dah, call mak ayah, abah ibu.."
"Hah, semua ke?"
"Haahla, hubby dah gitau dorang semua.."
...........................


"Camne?"tanya mak.
"Best naik wilcha!"
Dialog seterusnya anda paham sendirila as a mother, tengah risau-risau anak dia jawab camtu.
Lalalalala


Kita sambung lagi pada edisi seterusnya pada masa akan datang.
Bila?
Usah ditanya.

Akan diusahakan secepat mungkin..

6 comments:

  1. ishh kak ain nie anti climax la...
    or tgh syok2 bace, abis plak dia...
    cpt smbung...
    (mcm bace novel dh gayenye... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah,yeke..
      hik2,anak dah nak susu,kena berenti..
      lalala...

      Delete
  2. kak ain cpt update belogg.. nak baca part 2 lakkk..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tengah naip hapdetla ni...caye x?
      sila jangan...ahahaha

      Delete