Friday, May 4, 2012

Serius Tak Setanding Dengan Tutty Fruity dan Resepi Rahsia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya menggunakan tajuk sebegitu bukanlah kerana saya big fan of Secret Recipy (SR) mahupun Tutty Fruity (TF).
Ini adalah kerana sejak wujudnya TF, adelah beberapa entrepreneur yang turut ingin terjun ke dalam perniagaan yang lebih kurang sama.
Saya menggunakan tajuk sebegitu kerana mereka ada konsep aiskrim seperti TF dan juga kek seperti SR.


Aritu saya dan collegue, Rahmah Bukan Pendiam semangat untuk menery satu kedai aiskrim yang baru je bukak terletak depan je blok opis kitorang kat Taman Setia Tropika, JB ni.

Di amek dari bilik boss
Close up sket, molek je pokok tu tutup.
Tak kasik aku wat review ke hape?

Untuk memendekkan entry kalini, cukuplah saya mengatakan bahawa kami sangat kecewa.
Dengan apa?
Everything

Kek saya
Kek Rahmah
Jangan terpedaya dengan saiz gambar ni..
Saiznya hanyalah macam kek-kek di kedai biase,kecik.
Tapi harga hamekao.
Untuk setiap satu RM7.50 (Rahmah belanje, die suka belanje saya makan)
Dekat SR baru RM6 lebih dengan saiz yang 1 cukup wat tekak kembang, muak..

Rasa?
Biase!
Krim dia dari fresh milk bukan majerin
Tapi tak tahu kenapa ada rasa masin yang macam majerin
Ke boleh campo kami yang tak tau?
Apa yang pasti kami memakan dengan saling memandang satu sama lain
Bukanlah kerana romantik (munta)
Tapi sebab kami begitu kompius dengan rasa berbanding harga.
Dan akhirnye, angin je yang menghabiskan kek tu (cair) sebab kami tak mampu nak habiskan
Rasanya begitu......kompleks!

Saya order yang ade oreo2 gitu namenye, tapi beskot oreo die lemau!
Terase makan beskot yang dah masok angin gitu rase die..
Rahmah punye oke tapi setakat deco dengan choc rice murah, dokse la jual dengan harga yang mahal..

Rahmah ade gak beli aiskrim
Tapi mahaple tak sempat amek gambar dah selamat
Mintak flavor lain dapat flavor durian
Nasib Rahmah makan derian, kalao kena dekat asben saya?
Mahu munta hijo die..
Aiskrim die oke, sedap sebab himport katenye
Tak taula dari mane..
Tapi stil RM5.50 untuk secedok bulat kecik cam bangla jual eskrim naik moto tuh, not worth it rasa aku.

Interior?
Pun tak dapat amek gambar
Tapi kat dinding die ade lukisan salji besar gabak yang memang berjaya wat reflect rase sejuk..Serius!

Kesimpulannya, nak niage, tengokla sevey2 pesaing jual camne kalo nak laku
Mase datang pun ade 1 meja out of dalam belas2 yang ade orang
Haih...

1 comment:

  1. tapi kita kena support kedai tu.. kikiki.. bagi peluang.. =P

    ReplyDelete