Friday, October 28, 2011

PANDUAN MENAMAKAN ANAK MENURUT ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim...


Nama anak?

He,saya dah dapat nama anak dari bape2 minggu pregnant lagi..(heksaited)
Yang best lagi tu,punya kuat naluri mama ni, nama anak lelaki dah standby dulu lebih dulu dari anak perempuan.
Apa namanye, tunggula nanti bila dah sampai orangnya ke dunia ni,saya bagitau, Insya Allah.
Bagi yang belum or masih mencari-cari nama anak yang sesuai, bolehla ikut panduan di bawah.
Sama-sama kita memberi nama yang baik kepada anak-anak Insya Allah....


Semoga anak mama jadi anak yang soleh salu mendoakan mama n papa...



Soalan;

assalamualaikum ustaz..saya ada 1 kemusykilan. saya bakal menimang anak september nanti. saya bercadang untuk menamakannya mengikut nama malaikat. apakah hukumnya sekiranya menggunakan nama malaikat sebagai nama anak? diharapkan ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan kemusykilan ini. terima kasih.

Jawapan :
Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.

PANDUAN LAIN/MENAMAKAN BAYI MENGIKUT ISLAM :

Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

cool Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.



Credit to :http://mrbelia.pun.bz/soalan-jawapan-agama-menamakan-anak-menu.xhtml

Friday, October 21, 2011

SUNGGUH SAYA REDHA & IKHLAS...

Bismillahirrahmanirrahim...


Entry kalini suka saya ingatkan yang ia akan berbaur emosi lebih daripada biasa..
Bukan nak cerita pasal konvo(nanti lain kali saya cerita perjalanan konvo saya,tak sempat2 lagi nak hapdet)
Masa ni kandungan saya dah pun berusia 31 minggu.
Alhamdulillah saya dapat sampai sejauh ni..
Ikut widget sebelah ni ade lagi 63 hari sebelum sampai due date.
Dan seiring dengan masa dan usia kandungan yang semakin banyak ni,makin banyak jugakla dugaan dan cabaran yang saya perlu hadapi yang memang ternyata menguji kekuatan saya..


Saya berkongsi bukan kerana saya mengeluh atau rasa terbeban dengan apa yang tengah saya hadapi tapi lebih kepada ingin berkongsi dan meluahkan rasa sendiri.
Sebab walau macam mana pun diri saya,walau sekuat dan sehappy go lucky mana pun diri saya macam yang kawan2 salu nampak saya,saya masih seorang perempuan,masih ada satu masa di mana saya rasa semangat saya berada di tahap paling rendah serendah diri saya.
Yang mana ada ketika saya akan menangis dalam usaha mengumpul dan mencari kekuatan sendiri.


Yes,saya selalu dapat sokongan dari insan-insan tersayang,terdekat.
Dan yang terdekat dah tentu suami tercinta yang tak pernah jemu memenuhi apa je pun permintaan saya walau dalam penat dan kesibukan dia sendiri.
Sebab bagi dia,sepenat2 dia,2x ganda lagi penat saya.
Dan dalam hidup saya kini,dia jelah yang saya jumpa setiap hari,hanya dia sebab kami duduk berdua.
Jadi pentingla bagi dia untuk korbankan masa kerja malam dalam waktu-waktu saya makin sarat ni.
Kesian saya tengok dia akan call kawan2 untuk tukar shift kerja kalau dapat kerja malam.
Takut apa2 jadi kalau saya tinggal sorang2.
Ada sekali tu dia kerja pukul 8pm.
Dia call,tapi saya tak dengar sebab tengah syok sangat potong buah2 yang ada dalam fridge.
Dah kena bebel free sebab dia dah ingat benda tak elok jadi.
Sorry hubby!
Kadang dia tak dapat kerja kalau saya meragam semacam..
U are the best Hubby,thanks 4 everything..


Condition saya sekarang tak bape menentu.
Kelmarin baru g checkup,berat saya naik 4kg dalam 2 minggu!
Dulu masa raya dalam entry lepas,naik 4kg dlm 4 minggu.
Tu pun dah macam2 pantang.
Ni dah 4kg 2 minggu,mulalah keluar macam2 amaran dari nurse.


ECLAMPSIA & EDEMA
Semua masalah ni berkait antara satu sama lain.
Dalam banyak2 tu yang paling saya ngeri eclampsia.
Bahasa senang dia sawan.
Sebab takut saya ada darah tinggi dan serangan nya boleh jadi bila-bila sahaja walau dalam seminit pun.
Bayangkanla kalau dalam tengah drive tu tiba-tiba kena sawan.
Tak naya....
Maka dengan tu,mulai minggu depan suami mengeluarkan arahan rasmi bahawa dia yang akan hantar dan ambil saya kerja.
Horey!!
Tak payahla drive dari Taman AIr Biru PG - Taman Setia Tropika yang membuatkan saya kena menempuh perjalanan hampir 70km setiap hari ulang alik.

Ditambah jalan yang perlu ditempuh adalah highway Pasir Gudang,merupakan antara yang mengungguli statistik kemalangan tertinggi di Malaysia.
Takat kemalangan maut tu,tah bape kali dah terserempak.
Teringat masa awal2 pregnant dulu,tiap kali jumpa eksiden,mesti saya terketar2 dan terus call hubby sambil nangis2 sebba takut.
Maybe masa tu tak kuat kot..sekarang oke je.Tabah je..
Dalm gembira2 hubby nak anta amik kerja,terdetik,"kesiannya hubby kena ulang-alik tiap hari nanti,".. sebab dia kerja kat Pasir Gudang.


Macam nila keadaan yang perlu saya tempuh setiap hari.Boleh tahan??



Dan maybe kena sekali lagi minum air gula sebab takut ada kencing manis.
Padahal saya dah kawal semua,gula,makan..
Tapi camni jugak naiknya.
Saya sendiri memang tak perasan sebab badan rasa memang tak naik sangat pon.
Cuma yang obvious kaki,tangan saya memang bengkak teruk..
Edema yang teruk. Ni gambar orang kena edema...
Yang paling sedih dan perit tu,tangan saya dah tak boleh genggam dah


Tangan bengkak...sob2
Lagi teruk kalau bangun tidur pagi2..
Memang sakitnya..Allah je taw.

Lebih sedih sebab nak genggam apa2 pon dah tak boleh sebab memang dah tak boleh genggan habis tangan ni!
Kalau beli apa2 kat kedai ke pasar ke,memang biasela hubby saya (hubby lagi) kena kutipkan syiling yang orang kedai balikkan sebab syiling2 tu selalu berterabur jatuh kat lantai.

Sebab saya tak dapat genggam syiling tu!
Ada sekali tu saya tahan airmata tak tahu kenapa saya sedih sangat tengok hubby kutipkan syiling2 yang jatuh tu.
Terasa betapela saya menyusahkan suami saya..
Kalau kat umah pulak,time nak pakai brooch kat tudung.
Brooch2 tukan halus je (sebab saya tak gemar pakai yang besar2)
Mesti jatuh sekali dua sebelum dapat pakai.
Hubby sekali lagi sabar je kutipkan jatuh kat mane2 tah..
Nak bangun tidur sebelum dapat berdiri dan berjalan mesti hubby akan pimpin saya,pegang untuk bangun dari katil pastu pegang sampaila saya dapat berjalan dalam 2 3 langkah,baru dia akan lepaskan sebab kaki saya sakit teramat2 nak pijak lantai tu.
Dah okey baru dia akan turun (dia mandi toilet bawah,saya mandi toilet atas)
Itu pun kadang-kadang saya panggil dia naik semula untuk tolong buka kan kepala paip sebab tangan saya sakit tak dapat bukak.
Sumpah,bukan saya ngada-ngada.
Tapi itula kenyataannya,memang sakit!


Alhamdulillah,saya bersyukur dikurnikan suami seperti dia...
Kadang bila saya duduk diam,muka sedih,kadang nangis,dia akan tanya kenapa.
Saya jawab takde pape padahal saya sedih sebab saya banyak susahkan dia.
Ada satu malam tu saya takkan lupa bila saya rasa sakit belakang dan pinggang yang amat2 sampai saya hanya boleh nangis.
Hubby ajak g klinik tapi saya kata tak payah sebab saya tahu inilah pengorbanan yang saya kena tanggung sebagai seorang ibu.
Sungguh saya redha,saya ikhlas walau ia sangat menguji saya.
Sudahnya dia baring sambil gosok2 belakang saya dan berzikir.
Pujuk dia pada saya,"sayang jangan nangis ye,sayang kuatkan..Sayang hubby kena kuat."
Tapi dalam diam dia sambil berzikir saya tahu dia sendiri menangis.
Menangis tengok kesakitan yang saya tanggung masa tu..
Ternyata asma2 Allah dan zikir2 tu ibarat terapi yang terbaik buat sakit belakang saya.
Saya tertidur lena dengar zikir2 yang dia baca.


Rasanya saya kena berhenti sebab saya menangis lagi.
Tak nak hero saya nanti gembeng macam mama dia.
Terima kasih hubby..
Terima kasih fam yang saya tahu menyokong walau masing-masing jauh.
Terima kasih kawan2 yg selalu support saya, Nurul 'Aqilah yang selalu jadi pendengar saya yang setia..
Terima kasih d only collegue,for ur understanding.
Terima kasih kawan2 lain untuk doa dan semangat dari anda.
Harap masih setia mengirim doa buat saya..
Wassalam...

Thursday, September 15, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru perasan last hapdate blog ni mase 3 bulan lepas ke??
hik2,apekan daya...
Saya wanita berkerjaya yang juga sibok dengan rumahtangga..(alasan)

Okey,to hapdate,kandungan saya dah pun berusia 6 bulan..Alhamdulillah
Tepatnya da masuk 26 minggu.
See2 perot da besa tuh..

Jamuan Raya Opis 10hb Sept 2011



3 BULAN DULU DAN SEKARANG


Itula gambar latest saya.
Saya nak kata cam bulldog pon ade dah pipi tuh..
Kalau awal2 trimester dulu, nak makan tu takleh,ini takleh..
Sekarang? sayalah juara segala juara makan..
kalau dulu nak makan hayam rasa nak muntah la apela,sekarang...
Hayam tu 3 ketul dengan bersahaja je saya sebat.
Nak2 musim raya nihkan..
Sampai asben tersayang tuh kena tarik pinggan kata "sudahla tu yang.."kih2...
Tanpa sedar, asben saya baru makan 5 cucuk satay,saya?
Dengan tak perasaanya dah 10 cucuk.hoh?bila masa?tak perasan pon...
Berat pon toksah citela,naek macam space shot kat genting tuh ha...


MASALAH MEMASUKI TRIMESTER AKHIR


Bila masuk trimester nih,normal untuk orang pregnant untuk ada masalah-masalah..
Cam saya,ada a few problem.
Sedih jugak..sian anak mama
Hah,untuk pengetahuan kawan-kawan yang membaca,masa mengandung ni anda memang berkemampuan untuk mendapat penyakit-penyakit yang aneh yang anda tak pernah ada sebelum nih..
Macam saya,tiba-tiba lah ada semput nih..
Sebab perut dah besar,dia dah mula menyekat sikit salur pernafasan....gituh
Antara lain,saya disaspek ada kencing manis sebab berat yang naik mencanak-canak..
Normal berat naik masa trimester sekarang nih adelah 2kgla gitu.
Dalam seminggu dalam setengah kgla.
Masa dengar tu saya pikir, leh ke naek 2kg sebulan??
Masa tuhla...
Tiba2,saya yang gemok tak hengat nih,naek berat sampai 4.5kg..hamek kao.
Doakanla saya takdela kencing manis tu semua..kalau tak nak minum manis asyik kena catu je dengan hubby,sob~~
Saya sedapkan hati sendiri sebab masa normal saya before pregnant dulu adelah 56-57kg gituhla..
Tapi masa awal2 pregnant tu saya kan hilang selera,muntah dan sebagainya yang buat berat turun sampi 54kg.
Sekarang ce teka dah berapa..
Jen jejeng...63kg YE!

Selain tu saya gak ada masalah Hemoglobin yang rendah..
Bahsa senang dia darah cairla.
Em,puas la saya berguling sana sini ke blog orang n website2.
Ada macam2 pandangan dan cadangan.
Seperti banyak makan hati ayam n so on..
Saya simpulkan kat sini dari pembacaan saya, hati ayam tu kan organ dalaman haiwan,Rasul kita sendiri tak galakkan..
Jadi yang terbaik adalah buah delima..yang juga kegemaran puteri kesayangan Baginda..Fatimah.
Doc juga nasihatkan saya untuk minum banyak air..AIR PUTIH ye..
Hb rendah nih bahaya,sebab risknya such as bebi lahir pra-matang,bebi kecik and ada a few lagi saya tak hingat.

Selain tu saya juga mengalami edema.
Taw tak ape tu edema?
Benda nih haaa...

Kaki dombot-dombot
















Ye,kaki saya sudah mula bengkak-bengkak..
Mak kata muka pon dah bengkak.ke sebab gemok kuat makan???
Em,saya ni kerja banyak berjalan,tu yang membuatkan kaki saya mudah bengkak..
Jadik advice midwife adelah kurangkan sket brjalan..Camne nak kije?Semalam je dari pagi kena pi site...
Jadik saya guna advice kakak mmber opis saya iaitu dengan mengurut lembut je sisi yang berdekatan betis tukan,lagi lega kalau sapu minyak panas..
Dan hubby saya biasanya memang akan urut dari lutut hingga ke tapak kaki walau saya dah tertido sebab dia salu bertugas tengah malam..Syukurnya dapat hubby gini..
Dan tidur tu,kaki tinggikan.
Alhamdulillah,memang berkesan..lega rasa.
Sebab bila bengkak tu memang sakit, sebab urat-urat timbul,bila kena pijak2 tu memangla sedapppppp rasenye..adeh!

Antara benda lain yang saya leh share adalah bagi yang kije pejabat tukan,letakla kotak ke kusi kecik ke bawah meja tu..
Supaya kaki tak tergantung ke bawah gitu.
Tu yang buat lagi bengkak.
Selain tu silalah sapu losyen anti stretch supaya perut anda takde parut pas bersalin nanti..

Em,tu jela kot nak hapdate kalini..
Tataaaa,nak p open house malam nih.ngeh2makan lagi...


Sunday, June 12, 2011

Subhanallah,rasa itu tiada taranya...

Lame dah tak menaip kat blog yang memang dah biasa ditinggal bersawang nih...
Entry kali ini ingin diingatkan akan lbih panjang dari biasa sebab....
Terpanggil nak share kat sini yang saya sudah pun pregnant..
Biasala,parents mana yang tak excited dapat bebi kan..
lagi2la yang first..
Tabahkan jela mata bagi yang nak membaca pengalaman saya yang bes ni!!

Alhamdulillah tak jangka Allah nak bagi rezeki secepat ni walau dalam hati ni memang mintak pon sebenarnya..
Yelah,saya ni memang pencinta kanak-kanak..
Dan suami tu pulak tidakla muda lagi kan..
Kang orang ingat anak tu cucu plak,kan ke naya tuh...sian hubby saya
Lainla saya ni, muda remaja lagi..(bhahahahaha jangan marah hubby,i heart u mucho2!!)

Alhandulillah kandungan saya,bebi kecintaan kami berdua sudah pon berusia 12 minggu kalau ikut kiraan doktor.(sila rujuk widget bebi guling2 di sebelah)
????? 12 minggu??
bukan ke saya kawen belum 12 minggu??
ya,benar..
meh saya jawab segala persoalan yang melanda benak anda semua..
pasal ni nak explain kat hubby pon kemain susa...
sebab kata dia "kita kawen lom 12 minggu yang...takkan da 12 minggu?"
Hah,doksey pikir yang buke2 deh hok lain2 nih....
Tidak pula la nak hilang kewarasan saya,eh..saya dan suami untuk mengerjakan perkara yang tidak2 di luar batas agama..

Begini ceritanya(memang ada sedikit taboola kot pada hok belom nikoh)
Da kenapa nak cakap kelantan je nih,sebab kelantan kalah kot.....(peace,jangan marah penyokong kelantan)
Tapi baca jela,kita kongsi2 ilmu..
Satu hari nanti anda akan berkahwin juga dan manela taw akan berdepan kes macam saya kan...

Jadi dalam kes ni,penting untuk anda tahu dengan pasti kitaran haid anda...(bagi yang kitraannya tetapla)
untuk mengetahui bila suburnya anda,sila baca nih...saya ringkaskan dari page nih..
http://wellienna.blogspot.com/2010/01/tips-waktu-subur-dan-kitaran-haid.html
Dan sebenarnya anda pi jela google,beribuan facts tentang kitaran haid nih..

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


Hah,amacam?
ada paham tak?
Saya percaya ramai yang tak tahu dengan pasti bila tarikh suburnya mereka..
Ok,kat sini saya wat summary cerita kat atas nuh...
Kitaran haid adalah 28 hari=4 minggula gitu.
Kira dia camni.

Minggu pertama
Dari tarikh pertama period anda, let say anda period seminggu..Telur terurai jika tak disenyawa
Minggu Kedua
Then untuk telur(ovum bahasa dalam form 3 aku belaja dulu) kembali terbentuk, amek mase seminggu..
Minggu Ketiga
Then minggu seterusnya tu adalah waktu anda subur..(jika nak anak cepat,masa nila paling sesuai nih..)
Minggu Keempat
Jika tak disenyawa proses ovum tu untuk terurai berlaku masa nih...

Senang je bahasa mudahkan?
Hah,nila kes yang berlaku pada saya...(kes suburla neh....eheh,Alhamdulillah)
Tarikh saya kahwin adalah masa saya sedang begitu subur..(bahasa aku...dasat)

Jadi masa doktor sahkan saya mengandung masa tu da 4 minggu katanya,saya sedikit terpinga2 lalu tak segan bertanya...
dan penjelasan doktor sekali je da wat saya paham..
kiraan doc memang dr tarikh pertama last period datang..
jadi awal 2 mnggu...
kalau doc kate 12 minggu tu maksodnye exact usia kandungan adalah 10 minggu..
sama penerangan dia dengan link nih...tapi kena tabah sikit kalau nak baca sebab dalam bahasa indonesia.
http://medicastore.com/penyakit/3093/Menentukan_Kehamilan_dan_Waktu_Melahirkan.html

Sebelum tu sebenarnya saya da buat pregnancy test sendiri, sayangnya gambar tu husband saya yang TERSAYANG (warnakan merah sebab geram) da delete dari camera (menyirap macam sirap)
Kalau tak boleh share kat sini..
Masa tu test pagi2 (pagi2 paling bagus) dan keluar dua line kat situ (tak bestnyela cite takde gambo)
yang menandakan positif...
masa tu pagi2 kan..cam laloq2 pon iye...
saya lari2 kat husband yang masih mengguling2kan diri di katil..(memang gitula tabiatnya setiap pagi nak bangun)
"Hubby,kua dua line..."
"Line ape.."Sambil muka tertekup bawah bantal (Cis dalam hati)
"Tengokla ni.." Mengoyang2 badan dia yang semangat lalu dia pon duduk..
"Ni benda apa yang?"
Adoi lurusnya lah laki aku!!!Tak salakan dia sebab saya beli senyap2 je.
Lalu saya amek plastik cover alat pregnancy test 2 tunjuk pada dia dan dia baca.
Tiba2 mata dia berganda 2x ganda dari size sebelumnya (pon masih tak dapat kalahkan mata aku semasa bersaiz biase)
"Maksudnya sayang ngandung ke?"
Saya masa tu da bertakung2 je airmata..
Dia tiba2 peluk2 saya dan ciom perot...(elehleh,sweet je la macam salu2)
"Ada bebi eh dalam nih.."sambil senyum2 tak henti2.
Gembira.Serius.Bersyukur.

Masa tu kami amek keputusan tak nak gi doc dulu nak tunggu miss period dalam 10 hari...
Tapi dalam seminggu kot da pi kinik sebab mase tu kena ceri beri @ diarrhea
Terpaksa terus terang dengan doc takot dia bagi meds yang tak sesuai...
Dan urine test positive...
Maka kami pon menghebahkanla pada kaum keluarga terdekat dulu..
Bukan apa,takut apa2 tak diingini jadi pada awal2 preggy kan..
Tapi rasanya sekarang Alhamdulillah saya da bersedia berkongsi dengan kawan2...
Dengan harapan semua orang mendoakan kesejahteraan saya dan bebi...

Sebenarnya naluri hati nih da agak yang saya dah mengandung.

Gejala2 awal :
1)Demam tiba2
2)Mual tak tentu hala
3)Moody tak semena2
4)Mengantuk yang menggila walau cukup tidur

Tu antaranya,ada lagi yang lain2,tak bape hengatla..

Pengalaman trimester pertama?

Oh,sungguh menguji kesabaran bukan saje saya,malah suami...
yelah,dah kalau saya sakit,sape lagi yang saya akn susahkan kalau bukan asben tercinta..
Saya mengalami alahan yang teramat2 nyelah...
mase bebi 3 -4 minggu tu paling terok.
makan tak boleh,munta...
minom pon takleh,munta...bayangkanla..
berat saya turun 3kg..
Makan memang tak selera sama sekali la..
Nasib kawan2 terdekat yang da taw n family bagi sokongan dan kata semangat..
Kadang tu drive pon berbalam-balam pandangan..tu yang dok MC je tuh..
Nasibla bos2 saya sangat2 memahami...
Masa ni,asben saya la paling teruk.
Makan bersuap,ade sekali tu teruk sangat dia yang masak bubur.
Pinggan memang dia tak bagi saya basuh langsung.
pas masak2,bia je sepah2...bes2
nasib saya tak alah bau masak yang sangat saya suka..
Tidur pon berbobokla...uh,memang ngade tak terkatala..

Antara tabiat-tabiat pelik ketika alahan yang takde sebelum nih...:
1)Saya sangat2 alah bau wangi atau ape2 bau yang kuat.
Contoh : Perfume husband yang seblom nih saya yang beli sebab saya sukala kan. Boleh pening tak bangun
pastu. Bau2 spray rumah pon takleh. Penah tu asben gatay2 tangan spray,muncung 2 jam saya. Nasib tak alah bau asben oooo...

2)Saya takleh makan lebih dari yang tekak mahu dan apa2 yang tak rasa nak makan
Ini kerana saya akan muntah kalau dipaksa.

3)Saya tidak gemar ayam
Tah, Jadik cam geli dan kembang tekak..

4)Sensitif amat2
Saya boleh nangis tanpa usul periksa. Kadang tuh rasa nak nangis,saya akan nangis sampai mata terlelap            
sebelum tido. Kan ade kes tanah runtuh anak yatim tukan? Ye,saya menangis teresak2 tersedu2 tengok berita.

5)Saya jadi panas
Haba meningkat sebab berdua kot..

6)Saya suka Ribena! Tak suka Susu
Padahal saya hantu susu seblom nih..

Dan ada la lagi a few benda2 yang aneh2 perangainya masa ngandung nih.. Cuma yang kekal,saya suka ikan..
Oh,bahagianya...
Untuk atasi alahan2 nih,saya bnyak membaca dan baca pengalaman orang.
makan biskut la,itula inila..
dan yang berkesan cuma 1..
Lemon.
Saya mabuk ke pening,kena hidu lemon.
nak minum,kena ada potongan lemon..
Agak tekak loye,makan lemon tuh gigit2..
Masam?? Takla,sedap je saya rasa..hahah

Pegi Scan!
Semalam saya dan suami pegi kinik,Klinik Rabbisyfina yang di advise oleh kakak ipo saya.
Pegi scan!
Oh,Subhanallah..
Saya sangat takjub melihat tangan dan kaki bebi yang bergerak cam nak ketuk2 say hello pada mama..(Sob2,mulala sensi lagi nih..)
Sampai terkeluar 1 silly question kat doc,"eh,kaki dia da bergerak eh doctor.." padahal saya da taw semua anggota tubuh bebi kami sudah pun mula berfungsi..
Masa tu biasela kan airmata mulala nak meleleh...
Rasa yang sangat...tak dapat digambarkan
Melihat buat kali pertama zuriat pertama kami bergerak dan lebih tepat lagi di dalam rahim saya!
Saya rasa kalau doc takde masa tu mesti asben saya dah peluk saya sampai nak retak tulang...
Nak tengok bebi kami?



Gambar nih bukan yang paling clear,mase golek2 mesin tu atas perot ade yang lagi clear..
Tapi mood saya sangat baik masa tu,ok kann aje gambar yang doc yang sangat baik (doc muslimah berjilbab ye)
yang clear tu nampakla jantung dia dub2,tangan dan kaki gerak sepak2..
Asben kate "biasela,mesti ikot papa jadik player bola.."
Amboi,perot saya ni bolanye la...
Dalam hati kata,"takpe sayang,sepakla,tendangla...semua kerana anak mama..janji anak mama sehat."
Masa doc nak carik tali pusat paling susah sebab bebi sedang menyuffle kan diri di dalam.
Ya,dia berguling2 di situ...
Kata Elly Maldini kawan baik saya,'bebi nakal macam ko'
Ahahahaha...Takpe2,jadilah anak mama.
Alhamdulillah,bebi cinta hati kami sehat sejahtera dan normal walau kadang2 mama jaat tak bagi nutrition cukup..

Insya Allah next appointment sebulan lagi...
Tak pasti leh nampak ke tidak jantina nya masa tu...
Walau pun saya mengharapkan seorang abang untuk menjaga adik2 nya nanti,apa pon rezeki Allah bagi saya terima dengan penuh gembira dan syukur..
Nanti saya share lagi ye kawan2....
Doakan keselamatan kami anak beranak ye..
Terima kasih in advance!

Wednesday, April 27, 2011

BERCINTA SELEPAS KAHWIN ITU SANGAT INDAH!!

wah,dlu nk dpt 1 post sebulan pon payah...
skang mkin ringan plak tangan nih...
bukan apa,azben sy da klua..jd sy free.
n3 kalini diingatkan akan lebih panjang dari biasa,
jadi suka sy ingatkan pada sapa yang ade alergik kepada crite2 flashback diingatkn jgn baca kalo anda x mahu muntah darah or hijau....


suami sy kije lg mlm ni..
bile kije dia akan berpakaian begini,




eh,sala..dia latihan keroncong malam ni..jd pkai gnih..






melihatkan si suami hantar sy naik bilik,siap tepukkan bantal dan kuncikan pintu bilik sebelum kua,wat sy terpanggil nk cerita siapakah gerangan SUAMI sy yg sgt sweet,penyayang,penyabar yg sy yakin x sorang pon kawan2 sy kenal sebelom ni...even sy sndri!
ye,sy x kenal dia sebelom ni,tidak sebelom bulan 7 tahun 2010....


sy kenal dia masa praktikal di Majlis Perbandaran Pasir Gudang(MPPG).
sy d tingkat 19 jbtn korporat&perhubungan awam dan dia tingkat 14,bhgn penguatkuasa...
masuk praktikal bulan 6 tp bertegur bulan 7 wlau rsenye jmpe ari2 dlm lif...
2 pon kerana world cup!!
sy rajin amek gamba utk MPPG dan suami nih pemain futsal MPPG..
malam final 2,MPPG bukak layar besar kat dataran Menara Aqabah siap adela aktvti lain n si suami took part utk warga PG..
aih,mlsla crite detail...kat snila kami mle knal pndek cite...


sy rembat topi kije dia...hahah


soknye ade org call sy kat tgkat 19,jao dtgnye....dr tgkt 14.hehe...
"teha,aizat nk gmbr2 smlmla..."
"ok,naikla ats.."
"aizat da nk kua ronda nih,,,"
"ok,len kali je.."
"ok...ha,lg 1...bleh x bg no teha,snang ble2 nk kontek nk amek gmbr.."
dlm hati sy,setat da dia...tp jwb
"xpe,call je opis,sy ade je kat cni.."
"kan teha salu kua dgn wak kuda(er,nama pnggilan cameraman MPPG),mne ade salu kat opis.kang aizat naik pnat2 teha takde..."(pdhal naik lif)
"em,btol nih soal kije je k?"
"eh,btol..."
"ok,01............"
sy jus pkir sy profesional...soal kije kn.


tp,cm salunya la...sangkaan sy meleset...dia mle tnye lua bnde2 kije tp mntak izin dlu..polite suami sy..
dlm 2 3 mnggu knal,sy bkanla buta ke dungu x leh nmpak orang suka kn sy...
mase 2 sy da nmpk keseriusan dia.dia sgt bertanggungjawab orgnya...


utk pengetahuan sme,sy berpisah dgn bf sebelomnye mse start praktikal..
dr sem 2 sy dgn dia-smpai sem 6 n even habis.
jadik dek kerana patahnye hati sy..sy nekad TAK MAHU BERCINTA LAGI..
sy ckp dgn mak...mak jwb,"eh ape ko igt kawen 2 tangkap muat?"
sy diam tp dlm hati menjawab(takla dosa sgtkn),orang(kata nama pnggnti dri org joho) btol2 seriusla mak......


Sy cme yakin,niat yg baik 2 Allah permudahkan..
Ye,betul..sy jmpe si suami.
bila dia mkin brani tnjuk tanggungjawab n syg dia pd sy,
dengan kondifennya sy berkata pada dia..
"sy x nk cinta2,kapel mapel...klo awk jjur nkkan sy,kita kahwin"
(pdhal seblom 2 sy da siasat baek pnye psl dia,barula ada bran kn?)
dengan tenang dia menjawab...
"teha,umo aizat skang bukan umo untuk cari gf..aizat carik isteri..."(umo die 27 mase 2)
agk2 ape respon sy??
..........................sy senyap x trkate ape.


Dengan rendah dri n hati,sy beristikharah minta petunjuk dr satu2 nya tempat yg sy taw bleh bg sy jwpn pd mase depan sy..
bkn sekali,bkn 2x,bkn 3x...tapi tah brape byk kali bermnggu2 smpai sy puas hati..smpai ati sy yakin.
dan laluan die nmpknye sgt mudah..mak,ayah sme green light..belah dia pon ok je..(^^)


dan pd 1 hari yg snyi,idea utk tying d knot dtg,kami bncg kawen dlu,baru tunang..
x nk tunang lame la katekn...(sila rujuk post bulan 12 ke jan tah...)
n seperti yg termaktub sekarang,,,
dengan sekali lafaz,sy nur fatehatul'ain othman sah menjadi isteri kepada aizat bin amzah..
(sy banjir ye mse 2...)




boleh dikatakan sy x punya banyak masa utk kenal2 suami sy sebelum ni(wlau salu jumpa)...
jadi,kami masih lg bercinta dan sedang berkenal2an..
ap saje lebih n kurangnya dia,sy akan terima spt mne die menerima sy..dan biar sy saje yg taw..
sngguh sy x sangka begini kisah sy akhirnya..
sy sgt bahagia,sy sgt bersyukur dengan kurniaan Allah pd sy....
Allah makbulkan nawait baik sy.
BERCINTA SELEPAS KAHWIN...
Doakan semua ini berpanjangan...Amin Ya Rabbal Alamin...

RUTIN HARIANKU SEBAGAI ISTERI KEPADA SEORANG SUAMI....

Hariku bermula seawal 6.30am..(awl ke?)
2 pon biasenye ambil mase dlm 10min utk bangun sbb sy n asben mmpunyai tabiat yg same iaitu susah nk tnggl katil pg2 ari...sy tolak dia,dia tolak sy.aish~~buruk prangai.


mndi2 solat sbuh n biasanya sy akn siapkan sarapan yg simple2 je utk asben sy utk makesure xla dia kelaparan smntre tnggu wktu minum pg dia..(al basela,gomen..kte prebet nih x taw ape itu minum pg)
believe it or not sy lom pnah berkesempatan sediakan sarapan yg besh2 stakat kami kahwin hampir sbulan nih...
(sbr ye hubby,i'll try my best after dis!)
pastu pas salam-salam dan biasa dia akan cium sy(and vice versa)
kami akan ambil haluan masing-masing,berpisah di junction..
percaya atau tak,setiap kali tula sy akn rase sedih dan sayu...


disebabkan sy kije jauh nun di Setia Tropika dan asben sy di Menara Aqabah je,berdekatan rumah,dia akan sampai dulu dan even tengahari dia akan balik makan di rumah
(asben sy tu very into my cooking)
dan dia akan basuh semua dishes yg kotor..(baikkan asben sy??)


pastu dalam almost 7pm sy akan sampai rumah dan biasanya dia ade jela yang dia nak wat..main futsal n so on..which i dun mind pon.
dan saya sebagai isteri kepada seorang suami,tanggal tudung je,dan terus lincah kaduk sinsing lengan untuk memasak..
anythingla depends apa yang ada kat dapur dan kalau takde pape,sy akan singgah pasar mengikut kata hati nak makan apa..
asben sy yg trcinta 2,even sy masak telur hancur disambalkan or ikan bilis potong2 dengan bawang dan lada(orang johor mesti taw) pon dia akan bertambah-tambah sampai habis nasik 1 periuk..(comel je asben sy)
dia kata"sedapnya sayang..."dengan peluh2(makan ape2 pon dia akan berpeluh...)
biasanya kami makan pas solat maghrib kadang together2 kadang alone2..
makan sama2 after dat...


asben sy seorang penguatkuasa,jadi dia salu kena kerja malam..
dan sy pon mase 2 tgk tv or main game...
kadang kalau ada latihan keroncong,(asben sy leh main byk instrument,cool(^^))dia ajak sy dan biasanya akan dapat jawapan yang negatifla opkos..
biasanya dia balik umah sy da tertidow...............


itula rutin harian sy..
+- kalau basuh2 baju,sidai n so on la..
kesimpulannya sy gembira menjadi isteri kepada seorang suami yang sangat sweet seperti suami sy...
Sekian terima kasih...


P/s::hubby,i love u sooooo much!!

SEDIH+SIMPATI...

mrujuk kp tajuk d ats, sebenarnya sy bukanla sedih sbb ape.
aih,orang baru kahwin, x kanla sedih plak kn...(nnt sy update psl kahwin sy ye!)
sebenarnye sy sedih tgk blog sy nih..
nk delete,syg...
x delete,nyampah..
sy rse sy kne carik 1 sbb yg wat sy akn rajin update blog ini..
sebab tu x lain x bukan,MASAKAN!!
yg mana sgt2 sy minati..
psst,jgn x taw,sy pnye ske dgn masakan nih,mase sy tadika lg saya da pndai siang ikan..
orang lain rsenye dlm usia sy nih ikan pon x knal spesis ape agknye,,,(stuju,jgn x stuju)
jadi,sy rasa,sy akan update blog nih n share resepi2 yg sy ske n msk,,,

Monday, January 17, 2011

hello2..

entry kalini nk war2 kn lg skali 


JAWATAN KOSONG:
1. Project Executive cum Designer - able to do free hand sketch & computer aided drawing.
2. Admin Assistant/Clerk/Receptionist - able to do clerical work, familiar with Microsoft office

Pls email ur resume to fateha@d-group.com.my


hahah,sape yg ade fb ak mmg nih sah2la copy dr fb je ayt nih..
mls nk tulis laen...

Monday, January 3, 2011

JAWATAN KOSONG@KERJA KOSONG

okeh,nk wat announcement nih...


JAWATAN KOSONG:
kpd sesape di area jb @ PG yg nk kerja kerani,
Requirement::
1)SPm
2)Microsoft words
3)komunikasi yg baek
4)kebolehan extra (wat air...)



response scpat mungkin.
pluang dapat tinggi...


serbaguna rupenye blog huduh ak nih...